Peranti kelas permainan

- Advertisement -

Telefon pintar dan permainan mudah alih. Ia sudah menjadi satu trend pada masa kini iaitu bermain sebarang jenis permainan menerusi peranti pintar tanpa mengira masa dan tempat.

Namun, tidak semua peranti biarpun kelas perdana memberikan pengalaman permainan terbaik seperti siri Samsung Galaxy S22 khususnya untuk S22 Ultra.

Dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon SM8450 8 Gen 1 binaan 4nm bersama padanan Unit Pemproses Grafik (GPU) Adreno 730 memberikan pengalaman paling maksimum khususnya untuk penggemar permainan mudah alih.

Kapasiti bateri yang besar iaitu 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W memberi kelebihan serta kemudahan kepada pengguna.

Ia sekali gus memberi kemudahan kepada pengguna serta menjimatkan tempoh pengecasan tanpa perlu menunggu lama.

Ujian turut dilaksanakan terhadap beberapa judul permainan mudah alih popular pada ketika ini seperti PUBG Mobile, COD Mobile, Mobile Legends dan beberapa judul lain.

Kelebihan untuk peranti Samsung Galaxy S22 Ultra ini adalah saiz skrin yang besar iaitu 6.8 inci memberi darjah penglihatan paling maksimum untuk pengguna.

Keupayaan skrin daripada ‘Dynamic AMOLED 2X’ berkenaan bersama sokongan kadar segar semula 120Hz menjadikan setiap ‘gameplay’ permainan begitu licin sesuai dengan kelas premium peranti ini.

Penggunaan dalam tempoh masa yang panjang juga tidak menjadikan panel belakang peranti menjadi panas seperti sesetengah telefon pintar lain.

Ujian terhadap prestasi daripada GFXBench juga memberikan kuasa prestasi pada tahap baik iaitu bacaan antara 40 hingga 55 bingkai sesaat.

Markah untuk ujian GeekBench pula merekodkan 4,259 untuk peranti Samsung Galaxy S22 Ultra sekali gus menjadi peranti pada tahap terbaik.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat