Ziana tempuh detik seram ketika penggambaran

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Ziana Zain berkongsi pengalaman seram yang dialaminya saat menjalani penggambaran drama bersiri Histeria The Series.

Menurutnya, dia dapat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan lokasi penggambaran yang juga sebuah kampus lama terbiar.

“Sepanjang penggambaran Histeria The Series ini, tak ada apa-apa yang pelik, cumanya, bila saya masuk ke kawasan lokasi penggambaran, saya dapat rasa ada satu perasaan yang kurang menyenangkan.

“Ketika nak masuk ke kawasan yang ada pengawal keselamatan pun, saya dah mula rasa ada sesuatu yang tak berapa ‘seronok’. Bila lalu ke satu kawasan koridor pun, bulu roma meremang dan rasa seperti ada sesuatu,” katanya.

Ziana ketika ditemui berkata, dia kemudiannya ‘menegaskan’ bahawa tujuannya berada di lokasi itu adalah untuk bekerja.

“Ia adalah kampus lama yang ditinggalkan dan lokasinya di Mantin, Negeri Sembilan. Jadi, bangunan lama yang ditinggalkan tentunya akan ada penghuninya. Saya ‘cakap’, saya datang nak bekerja dan tolong jangan kacau. Saya rasa, budak-budak (pelakon-pelakon) ini pun dapat rasa.,” katanya.

Ditanya sama ada dia mengalami sebarang kejadian ngeri selepas pulang ke rumah, Ziana hanya mengalami mimpi ngeri dan turut disedari oleh anak-anaknya.

“Bila dah balik ke rumah, semuanya okay. Cumanya, saya ada mengalami mimpi ngeri sampai anak-anak saya pun bertanya sama ada saya okay atau tidak. Selain saya, adik saya yang turut mengikut saya ke set penggambaran juga mengalami mimpi ngeri selepas pulang,” katanya.

Dalam drama Histeria The Series arahan pengarah James Lee itu, Ziana memegang peranan sebagai pengetua sekolah bernama Puan Nora.

Selain Ziana, Histeria The Series turut dibintangi Mia Sara, Sharifah Aryana, Amelia Christie, Serra Kamal, Liyana Jasmay, Tony Eusoff, Arash Mohamad dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat