Perisytiharan Palsu MITI, Tindakan Tegas Akan Dikenakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang melakukan pemalsuan dalam borang permohonan kebenaran pembukaan perniagaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Penuh.

Jelasnya perniagaan yang tidak dikategorikan dalam sektor perkhidmatan penting dinasihatkan supaya tidak sesekali menggunakan taktik kotor mendapatkan kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada tempoh PKP Penuh berkuatkuasa sehingga 1 Jun lalu.

“Kita di Daerah Dang Wangi memeriksa setiap masa selain ada pasukan pematuhan termasuk di kompleks beli belah. Polis sentiasa menasihati pemilik perniagaan di ibu negara supaya akur dengan SOP yang dikuatkuasakan dan jangan sesekali paksa pekerja hadir.

“Justeru jangan sesekali ada sektor tertentu membuat pengisytiharan palsu dalam borang permohonan di MITI bagi tujuan mendapatkan surat kebenaran beroperasi sepanjang tempoh total lockdown ini sedangkan perniagaan anda bukan dalam kategori perkhidmatan perlu itu sedangkan perniagaan mereka bukan dalam perkhidmatan perlu.

“Kesalahan ini ada dikesan di negeri lain dan saya yakin taktik kotor seumpama tidak berlaku di daerah ini tetapi jika dikesan polis, tanpa kompromi tindakan sangat tegas akan diambil serta merta,” katanya kepada pemberita di ibu negara.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi khas pematuhan PKP Penuh fasa pertama di ibu negara malam tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat