Pemerintahan PN di “alam maya” – Puad Zarkashi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Jika Dewan Rakyat tidak boleh bersidang secara maya, eloklah kerajaan Perikatan Nasional (PN) di perintah di “alam maya”,” sindir Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.

Beliau membangkitkan persoalan mengapakah kerajaan tidak boleh mewartakan satu ordinan untuk membenarkan Parlimen bersidang secara maya ketika darurat.

“Apakah Yang di-Pertuan Agong tidak boleh isytihar sidang Parlimen kali ini dibuat secara maya?

“Kalau secara maya pun tidak boleh, eloklah kerajaan PN perintah di “alam maya”. Tidak perlu pintu pun,” perli beliau.

Puad berkata demikian bagi mengulas kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang berkata, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu sebelum sidang Parlimen secara maya boleh diadakan.

“Apakah di bawah darurat, kerajaan tidak boleh wartakan satu ordinan yang benarkan sidang Parlimen dibuat secara maya? Sebelum itu boleh pula wartakan ordinan yang membolehkan kerajaan tambah ‘perbelanjaan’ tanpa kelulusan Parlimen,” katanya dalam catatan di Facebook.

Sebelum ini, Azhar dilaporkan berkata, banyak undang-undang yang perlu dipinda untuk membolehkan Parlimen bersidang secara maya seperti yang digesa banyak pihak.

“Azhar kata, sidang Dewan Rakyat secara maya libatkan isu Perlembagaan. Mereka mesti hadir di dewan. Tidak hadir di Dewan maka tidak boleh mengundi.

“Sebelum itu boleh pula wartakan ordinan, di mana kerajaan boleh tambah “perbelanjaan” tanpa kelulusan Parlimen.

“Menurutnya (Azhar) lagi Perlembagaan sebut, Agong buat pengisytiharan mesyuarat mesti dalam dewan yang fizikal.

“Biasanya Agong akan isytihar, “bertarikh sekian-sekian, waktu sekian-sekian dan di mana tempatnya” (dewan fizikal). Itu penjelasan Speaker Dewan Rakyat,” ujar Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat