Majlis Iftar Raya 2024 bersama artis Rusa Music & MVM Production

- Advertisement -

Syarikat Rusa Music & MVM Production telah mengadakan satu majlis Iftar Raya 2024 bersama dengan pihak Media, anak anak yatim serta para artis dibawah naungan Syarikat mereka.

majlis ini bertujuan ingin terus mengeratkan hubungan silaturahim dan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan yang besar dan tidak ternilai kepada kerjaya artis-artis di bawaha naungan mereka.

Seperti tahun sebelumnya, kehadiran Ramadhan Al Mubarak yang penuh keindahan dan kegembiraan ini, penganjur ingin mengambil kesempatan untuk menyediakan ‘hadiah’ demi menyambut kedatangan Syawal yang menjelang kelak. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan lagu lagu bertemakan puasa serta selawat / zikir yang cukup merdu dari barisan artis mereka.

Butiran seperti di bawah:-
1. Encik Mimpi (Tajuk lagu: Ya Ramadhan) Lagu : Encik Mimpi Lirik : Encik Mimpi
2. Andika & One Path (Tajuk lagu: Malam) Lagu : Hisham Elharith Lirik : Amal Roszaimi (Andika) & Ammar Salahuddin (One Path)
3. Azzam Sham (Tajuk lagu: Sesungguhnya) (Cover Version) Lagu : Nazrie Johanie Lirik : Nazrie Johanie

Lagu Selawat / Zikir

Susunan lagu : Hafiz Hamidun Producer : Arteffects Media
1. Floor 88 (Tajuk: Selawat Badriah & Doa Robbana Atina)
2. Sufian Suhaimi (Tajuk: Hasbi Rabbi & Doa Ijabah)
3. Reedzwann (Tajuk: Ya Allah & Doa Memohon Hidayah)
4. Damia (Tajuk: Selawat Syafaat & La Hawla Wa La)

Perayaan hari raya Aidilfitri tidak lengkap jika tidak dihiasi dengan alunan lagu raya. Pelbagai genre lagu raya penulisan baru, termasuk penampilan solo, gabungan duet, penampilan trio dan persembahan berkumpulan dari para artis Rusa Music yang berbakat. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Mereka juga turut menyediakan lagu viral dari tahun lepas dan menghasilkan versi raya yang baru. Antara lagu raya keluaran dari mereka, MVM Production & PADU Records pada tahun ini adalah:-

Lagu Raya Rusa Music
1. Sufian Suhaimi (Tajuk lagu: Jom Pulang Raya)
Lagu : Sirkhan & Rinkarnaen Lirik : Sirkhan
2. Haziq Rosebi (Tajuk lagu: Ragam Bersulam)
Lagu : Affan Mazlan Lirik : Affan Mazlan
3. Bito Beyto (Tajuk lagu: Esok Dah Raya)
Lagu : Bito Beyto Lirik : Bito Beyto
4. Damia & Ammar Nobita ( Tajuk lagu: Nikmat Raya)
Lagu : Jebat Asmara, Farez Asmadi, Rudy Nastia Lirik : Jebat Asmara & Ku Yen
5. Kit Shafiq & AydaAdlyna (Tajuk lagu: Peluang Raya)
Lagu : Kit Shafiq & Danish Faiq Lirik : Kit Shafiq
6. Namie, Fariq, Aidilia Hilda, Keka Nizam, Qistina Khaled (Tajuk lagu: Raya Ya Ya Ya)
Lagu : Zai Hamzah Lirik : Achoi Floor 88

Lagu Raya MVM Production
1. Iera Milpan (Tajuk lagu: Retak Hatiku Raya)
Lagu : Zai Hamzah Lirik : Emo & Achoi Floor 88
2. Ukays & Farez Adnan (Tajuk lagu: Chu Kuca Raya 2024)
Lagu : Amy Ukays Lirik : Amy Ukays
3. Beby Acha (Tajuk lagu: Lebaran Indah)
Lagu : Jebat Asmara, Farez Asmadi, Rudy Nastia, Afif Tirmizie Lirik : Jebat Asmara
4. Syafiq Farhain & Yamani Abdillah (Tajuk lagu: Rindu Ayah Bonda)
Lagu : Ilham Iskandar Lirik : Ilham Iskandar
5. Projector Band (Tajuk lagu: Sinar Aidilfitri)
Lagu : Jawa Suki Lirik : Apit PB, Haziq PB, Wan Akira PB, Zenal PB

Lagu Raya PADU Records
1. Apak Famili (Tajuk lagu: Seloka Suasana Raya)
Lagu : Harry Khalifah Lirik : Harry Khalifah / Rumhadi Rumnan

Harapan mereka Kesemua Lagu-lagu raya terbaru dari Rusa Music, MVM Production & Padu Records dapat memeriahkan lagi industri muzik untuk lebaran kali ini, selain memeriahkan suasana menyambut Aidilfitri di seluruh Malaysia. Kesemua lagu di atas boleh didengarkan di semua pelantar penstriman digital mulai 25 Mac 2024.

Pihak Rusa Music & MVM Production mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran para tetamu jemputan ke majlis tersebut.

“Kami menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang kelangsungan majlis ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para rakan media yang senantiasa menjadi tulang belakang dalam menyokong kami dan bakat artis kami.”

“Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu satu rahmat buat kita semua. Dengan kesempatan ini kami ingin mengucapkan juga Salam Aidilfitri dari keluarga besar Rusa Music & MVM Production kepada semua!”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat