Kematian pelajar tingkatan 3 sekolah asrama penuh akibat jerutan pada leher – polis Perak

KUALA LUMPUR – Keputusan bedah siasat mengesahkan punca kematian pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, semalam adalah disebabkan jerutan.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesan jerutan pada leher mangsa.

Menurutnya, polis sudah meneliti tiga set rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diserahkan oleh pihak sekolah.

“Berdasarkan rakaman itu, tiada sebarang unsur khianat atau buli dikesan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak lapor Harian Metro di Ipoh pada Khamis.

Mohd Alwi berkata, polis sudah merakam percakapan daripada 11 individu membabitkan enam pelajar dan lima guru.

Katanya, pihak polis masih merakam keterangan daripada rakan mangsa bagi mengenal pasti tingkah lakunya sebelum kejadian.

“Mangsa ditempatkan di bilik sakit sekolah berkenaan sejak Isnin lalu, termasuk pada hari dia ditemukan meninggal dunia.

“Bilik itu dikhaskan untuk pelajar yang tidak sihat atau perlu dibawa ke hospital,” katanya.

Beliau berkata, kamera CCTV sememangnya dipasang di dalam bilik berkenaan bagi memantau keadaan pelajar yang tidak sihat.

“Berdasarkan rakaman CCTV, mangsa dipercayai meninggal dunia jam 10.35 pagi.

“Bagaimanapun, dia hanya ditemukan pada 2.45 petang oleh seorang pelajar lain yang masuk ke bilik itu untuk menggunakan tandas,” katanya.

Mohd Alwi berkata, tiada kecederaan lain ditemukan pada tubuh mangsa.

Menurutnya, kes itu diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan tidak disiasat di bawah mana-mana kesalahan jenayah tertentu.

Proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Taiping selesai pada jam 1 tengah hari, dan jenazah kemudiannya dibawa ke Juasseh, Negeri Sembilan pada jam 3.30 petang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat