“Jangan guna minit terpilih untuk tunjuk suci, dedah semua rekod pengampunan Najib – Pejuang

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid mempersoalkan masa pendedahan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bertarikh 18 September 2026 yang didakwa berlaku selepas Pakatan Harapan (PH) mengalami kekalahan besar di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Beliau turut mempersoalkan mengapa hanya minit mesyuarat berkenaan menjadi perhatian, sedangkan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-60 pada 8 Disember 2023 dan Ke-61 pada 29 Januari 2024 juga penting untuk memahami keseluruhan proses pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

“Mengapa dokumen ini muncul sekarang, selepas kekalahan besar menimpa Pakatan Harapan di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka?

“Adakah tempoh masa pendedahan ini sekadar kebetulan? Mungkin juga. Tapi banyak sangat kebetulan dalam politik, boleh jadi nampak menarik,”katanya dalam kenyataan.

Menurut Rafique, kedua-dua minit mesyuarat terdahulu wajar diteliti melalui saluran yang sah bagi menjelaskan keseluruhan proses pengampunan, termasuk peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menyatakan di Parlimen bahawa beliau membawa isu berkenaan untuk pertimbangan Lembaga Pengampunan.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kandungan minit mesyuarat terdahulu selari dengan penjelasan yang pernah diberikan Anwar kepada Parlimen.

“Kalau satu minit boleh dipersoalkan, mengapa minit yang lain tidak boleh diteliti melalui proses yang sah?

“Kalau benar mahu rakyat tahu perkara sebenar, beri penjelasan menyeluruh. Bukan hanya bahagian terpilih yang sesuai dijadikan tajuk berita,” katanya.

Dalam pada itu, Rafique membangkitkan persoalan mengenai pihak yang mendedahkan dokumen berkenaan serta bagaimana klasifikasinya berubah daripada sulit kepada terbuka.

Beliau berkata, Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 memperuntukkan kuasa pengelasan semula kepada Menteri atau pegawai awam yang diberi kuasa, namun kesahihan pendedahan dokumen berkenaan perlu ditentukan berdasarkan peruntukan undang-undang.

Tegasnya, prinsip ketelusan tidak seharusnya diamalkan secara terpilih dengan hanya mendedahkan dokumen yang memberi kelebihan kepada pihak tertentu.

“Pendedahan terpilih bukan tanda ketelusan. Kalau berani dan benar, dedahlah rahsia. Jangan pilih sekerat-sekerat untuk tunjuk suci pihak-pihak tertentu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat