Umno atau Zahid yang suruh Akmal berhenti, nak jaga hati siapa? – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil mempersoalkan arahan yang mendesak Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh untuk menghentikan isu stoking kalimah Allah yang dikaitkan dengan kedai serbaneka, KK Mart.

Bidas Isham jika benar arahan itu datangnya daripada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi maka siapa pula yang gesa Zahid untuk berbuat demikian?

“Laa.. Umno suruhkah atau Zahid yang suruh?

“Bung (Moktar) kata Presiden Umno, Zahid Hamidi sendiri yang meminta agar perkara itu dihentikan dan tidak lagi dijadikan isu.

“Siapa pula yang suruh Zahid hentikan isu ini? Zahid nak jaga hati siapa?

“Akar umbi dan orang-orang Melayu Islam setuju dengan Zahid dalam hal ini? Tanya saja,” soal Isham.

Terdahulu, Ahli MKT, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, MKTUmno sudah mengarahkan Ketua Pemudanya, untuk menghentikan isu stoking kalimah Allah yang terkait KK Mart.

Kata Bung, tidak timbul soal bersetuju atau tidak dengan tindakan Akmal menekan KK Mart dalam isu itu, memandangkan keputusan sudah dibuat oleh Umno yang mahu perkara itu dihentikan.

Katanya, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sendiri yang meminta agar perkara itu dihentikan dan tidak lagi dijadikan isu.

“Presiden Umno sudah minta Akmal (menghentikannya) dan menjelaskan bahawa KK Mart tidak membuat perancangan mengenai perkara itu, kita terima hakikat perkara itu perlu dihentikan.

“Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan supaya menghentikan isu itu dan bagi saya itu sudah memadai,” kata Bung Moktar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat