Tiga syarikat China teroka peluang dapatkan bekalan bahan kimia, polimer dan produk sawit dari Malaysia – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, – Tiga syarikat China, iaitu Kingfa, Plastech China dan Eternal Asia, sedang meneroka peluang untuk mendapatkan bekalan bahan kimia khusus, polimer dan produk berasaskan sawit dari Malaysia.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelaburan asing turut membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk menjadi pembekal kepada syarikat global.

“Bagi saya, kejayaan hubungan ekonomi ini juga mesti diukur melalui berapa banyak perusahaan kecil dan sederhana dan pembekal Malaysia yang berjaya menembusi rantaian bekalan antarabangsa,” katanya.

Menurut Bernama, beliau berkata demikian menerusi hantaran di media sosial hari ini selepas menyertai Dialog Perdagangan dan Pelaburan Peringkat Tinggi Malaysia-China di Shenzhen bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dialog itu menghimpunkan 23 syarikat terkemuka China, termasuk Tencent, Xiaomi dan EVE Energy.

Menurut Tengku Zafrul, pelaburan dari China yang diluluskan di Malaysia dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026 berjumlah RM38.6 bilion.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat