Bawa suara rakyat tanpa gentar, kekal boikot – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh istiqamah dalam perjuangan kempennya memboikot perniagaan KK Mart.

Exco Melaka itu malah menegaskan, pemimpin perlu membawa suara rakyat tanpa rasa gentar.

“Rakyat sudah membuat keputusan mereka tanpa sebarang paksaan.

“Kekal tenang dan teruskan boikot secara aman, kekal berprinsip,” tegas Akmal.

Terdahulu, pengasas KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan hari ini memohon ampun dan maaf daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim susulan kontoversi penjualan stoking kalimah Allah.

Kee Kan yang juga Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah ‘Allah’ di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Justeru, Sultan Ibrahim bertitah menekankan semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.

“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini.

“Sekali lagi, saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” titah Sultan Ibrahim.

Kemudian menyusul pula, laporan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sudah mengarahkan Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh, untuk menghentikan isu stoking kalimah Allah yang dikaitkan dengan kedai serbaneka, KK Mart.

Ahli MKT, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tidak timbul soal bersetuju atau tidak dengan tindakan Akmal menekan KK Mart dalam isu itu, memandangkan keputusan sudah dibuat oleh Umno yang mahu perkara itu dihentikan.

Katanya, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sendiri yang meminta agar perkara itu dihentikan dan tidak lagi dijadikan isu.

“Presiden Umno sudah minta Akmal (menghentikannya) dan menjelaskan bahawa KK Mart tidak membuat perancangan mengenai perkara itu, kita terima hakikat perkara itu perlu dihentikan.

“Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan supaya menghentikan isu itu dan bagi saya itu sudah memadai,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat