DAP tampil Irene Wong, calon Gen Z berusia 24 tahun di Pelawan

SIBU – DAP Sarawak menamakan Irene Wong (Huang Li Ting), 24, sebagai bakal calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, dalam usaha parti itu membawa suara anak muda ke DUN.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, mengumumkan pemilihan Irene bersama Stanley Chiew (Chiew Chun Yi), yang dinamakan sebagai bakal calon bagi kerusi DUN Bukit Assek, pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Sibu.

Irene merupakan pembantu khas kepada Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew, dan telah berkhidmat bersama masyarakat setempat selama dua tahun.

“Siapa yang lebih layak mewakili suara orang muda selain orang muda itu sendiri?” kata Chong, seperti dilaporkan Bernama.

Stanley pula ialah setiausaha kepada Ahli Parlimen Lanang merangkap Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng. Menurut DAP Sarawak, beliau mempunyai pengalaman hampir tujuh tahun dalam khidmat masyarakat.

Chong berkata kedua-dua bakal calon memahami isu setempat dan berharap pengundi memberi mereka peluang membawa pandangan alternatif dari Sibu ke DUN.

DAP Sarawak dijadual mengumumkan senarai bakal calon bagi kerusi di wilayah selatan negeri itu di Kuching pada 22 November.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 November sebagai hari penamaan calon, 8 Disember sebagai hari pengundian awal dan 12 Disember sebagai hari mengundi.

Pada PRN Sarawak 2021, DAP memenangi dua daripada 26 kerusi yang ditandinginya, iaitu Padungan dan Pending.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat