RM80,000 Sumbangan Barangan Dari Pahang Untuk Mangsa Banjir Johor

- Advertisement -

KUANTAN – Kerajaan Pahang menyumbang bantuan pelbagai barangan kepada penduduk terjejas banjir di Johor.

Bantuan bernilai RM80,000 itu disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang yang mula dihantar hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan itu adalah sebagai tanda prihatin kerajaan negeri kepada kesukaran dihadapi penduduk terjejas banjir di negeri terbabit.

“Kita harap sumbangan ini dapat meringankan beban ditanggung mereka (penduduk terjejas banjir) dan saya dimaklumkan lebih 30,000 penduduk di Johor yang terkesan akibat banjir kali ini.

“Sebelum ini pun sudah menjadi amalan kerajaan Pahang menghulurkan bantuan kepada negeri Terengganu dan Selangor yang terbabit dalam banjir.

“Jadi hari ini kita hulurkan bantuan dalam bentuk barangan bernilai RM80,000 kepada mereka,” katanya kepada media selepas melancarkan Misi Bantuan Pahang Prihatin di sini, hari ini.

Antara barangan yang dihantar ke Johor adalah toto, tikar, peralatan mandian, lampin kanak-kanak dan air mineral.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai situasi banjir di Pahang, Wan Rosdy memaklumkan semua persiapan dan bantuan awal sudah diberikan kepada kawasan terjejas.

“Setakat ini, tiada aduan berkaitan berlaku masalah terputus bekalan atau kelewatan kerana semuanya diuruskan dengan baik.

“Jadi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JKM,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat