Faisal melecur tahap empat, kondisi membimbangkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kecederaan dialami tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim bukanlah biasa-biasa apabila disahkan melecur tahap empat di beberapa bahagian di tubuhnya berikutan disimbah cecair oleh dua individu tidak dikenali.

Situasi terbabit disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar sambil meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan pemain terbaik supaya segera pulih.

“Faisal kini masih lagi menjalani rawatan dan dia mengalami kecederaan melecur tahap empat,” memetik laporan BH pada Selasa.

Berdasarkan kepada portal kesihatan, tahap empat membabitkan lecur pada keseluruhan lapisan kulit sehingga membabitkan otot dan tulang.

Saraf terbabit akan rosak sehingga mangsa hilang rasa sakit.

Terdahulu, media melaporkan tidak sampai seminggu selepas insiden pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun, satu lagi insiden mengejutkan terjadi dengan seorang lagi pemain kebangsaan, Faisal menjadi mangsa terbaharu.

Menerusi maklumat dan gambar yang tular di laman media sosial, pemain yang dinobat sebagai Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di ibu negara semalam.

Kejadian itu, menyebabkan Faisal cedera dibeberapa bahagian badan termasuk mukannya dan kini dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Faisal yang juga tonggak Selangor FC dilaporkan sudah selesai menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital di Shah Alam namun, keadaannya tidak begitu baik dan semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan.

Shahril Mokhtar yang memaklumkan keadaan Faisal boleh dikatakan semakin membimbangkan kesan daripada kelecuran tahap empat malah, beliau yang juga Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut memaklumkan bahawa tangan kiri pemain sayap itu sukar untuk bergerak sekali gus menimbulkan persoalan masa depannya kelak.

“Seperti dimaklumkan bahawa sememangnya Faisal berada dalam keadaan kritikal dan kini hanya saya dan isterinya saja dibenarkan untuk melawat.

“Jika diikutkan apabila dia dihantar ke hospital pertama untuk menerima rawatan awal doktor melihatnya mungkin melecur tahap dua.

“Namun, selepas dipindahkan hospital dan rawatan susulan mendapati lecuran berada pada tahap empat.

“Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat