Najib Lebih Semangat Berjuang Buktikan Beliau Tak Bersalah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Najib Razak kini lebih semangat untuk terus melawan dan membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.

“Anak guam saya mahu memberitahu semua bahawa beliau bersyukur kepada Allah di atas keputusan ini dan ia menaikkan semangat serta keinginan untuk terus melawan dan membuktikan bahawa beliau tidak bersalah,” kata peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Beliau berkata demikian selepas prosiding Mahkamah Tinggi sebentar tadi yang membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy daripada tuduhan meminda Laporan Pengauditan Akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Shafee, berkata pihaknya berharap keputusan hari ini adalah permulaan bagi semua perkara baik yang akan datang.

“Saya selalu yakin bukan saja dalam kes ini, malah kes SRC, di mana kita berjuang sehabis-habisnya.

“Malah saya yakin dalam kes SRC, sekiranya Mahkamah Persekutuan mendengar semula perbicaraan itu, kita akan dapat menunjukkan bahawa beliau (Najib) adalah tidak bersalah,” katanya lapor BH pada Jumaat.

Sementara itu, Arul Kanda ketika ditemui di luar mahkamah menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan terhadapnya.

Ketika ditanya mengenai perancangan beliau selepas ini, Arul secara berseloroh berkata: “Langkah seterusnya adalah untuk mengemas kini curriculum vitae (CV) “.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, membuat keputusan itu di akhir kes pendakwaan selepas mendapati pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib dan Arul Kanda.

Sementara itu mahkamah membebaskan Arul Kanda daripada tuduhan bersubahat dengan Najib melakukan pindaan itu selepas memberikannya sijil indemniti (pengecualian liabiliti undang-undang) kerana keterangan yang diberikan beliau berikan adalah benar dan menyeluruh.

Najib, 70, didakwa pada 12 Disember 2018, menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Pengauditan Akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan berkenaan bagi melindunginya daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat