Tak ada dasar bantu rakyat cuma bakar kemarahan, PN masih ada hati nak tebuk atap- Chin Tong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tanpa banyak dasar membantu rakyat, Perikatan Nasional (PN) hanya tahu membakar emosi pengundi bagi menimbulkan kemarahan rakyat, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

Menurut beliau, tujuan PN ialah untuk mengulangi “kejayaan” Langkah Sheraton yang telah menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada awal 2020.

“Dalam satu ceramah semalam, Datuk Seri Azmin Ali mengakui bahawa usaha pembangkang PN memenangi pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu (KKB) adalah langkah pertamanya untuk menjatuhkan kerajaan.

“Semua orang tahu PN hanya pandai tikam belakang dan rampas kuasa sahaja. Setelah melalui pilihan raya umum pada 2022, enam pilihan raya negeri pada 2023 dan beberapa PRK, modus operandi PN, terutamanya Bersatu, masih tidak berubah,” bidas Chin Tong dalam kenyataan di Facebooknya pada Selasa.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu malah merayu kepada pengundi rakyat Malaysia amnya dan pengundi KKB khususnya agar terus berpegang kepada amalan “Jalan Tengah Malaysia” yang sederhana, bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain.

“Semoga kita tidak mudah tergoda dengan suara-suara esktrem yang sengaja mahu menimbulkan huru-hara sekadar untuk menang PRK.

“Saya yakin warga KKB akan terus mengekalkan keamanan, keharmonian dan kemesraan, dengan menolak politik benci kaum yang dibawa oleh PN,” seru Chin Tong.

Menurut beliau lagi, sepanjang PRU 2022 hingga PRN 2023, PN hanya ada satu modal, iaitu membangkitkan kemarahan pengundi Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan.

” Ini, kata mereka, akan membuatkan pengundi Melayu memilih PN yang akan menang di banyak negeri, dan “Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kembali menjadi Perdana Menteri minggu depan”.

“Namun, keputusan PRN 2023 menunjukkan tiada sebarang perubahan. Malah, politik perkauman PN menyebabkan pengundi kawasan pelbagai kaum menolak mereka.

“Namun, walaupun gagal menewaskan Kerajaan Perpaduan dalam PRN lalu, PN masih berdegil dan terus mencari jalan untuk menubuhkan kerajaan secara “tebuk atap”,” kata Chin Tong.

Mengulas lanjut, Chin Tong memberitahu pada 2019, Azmin yang pada masa itu merupakan Timbalan Presiden PKR telah bersubahat dengan Tan Sri Muhyiddin daripada Bersatu untuk menimbulkan keraguan terhadap kerajaan mereka sendiri.

Ujarnya, niat mereka adalah untuk mencipta persepsi bahawa rakyat benci dengan kerajaan PH, dan ia kemudiannya membawa kepada pengkhianatan Langkah Sheraton.

“Akibat perancangan dan perbuatan mereka, ketegangan timbul di antara pengundi Melayu dan bukan-Melayu.

“Hampir semua isu yang dibangkitkan oleh media arus perdana serta media sosial upahan menambah kemarahan kaum sehingga tiada lagi jalan tengah untuk menyelesaikan masalah. Kerajaan PH dilanda tekanan tidak puas hati bukan sahaja dalam kalangan Melayu tetapi juga daripada kaum bukan-Melayu.

“Dalam keadaan yang tidak menentu ini, pengundi telah menolak calon PH dalam PRK Parlimen Tanjung Piai pada November 2019. Kekalahan ini dijadikan platform untuk Langkah Sheraton yang diterajui Azmin dan Muhyiddin.

“Kini, kedua-dua mereka bersama dengan PN serta kumpulan-kumpulan lain yang enggan menerima mandat rakyat kepada Kerajaan Perpaduan terus berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan pada separuh penggal melalui cara yang sama, iaitu membakar sentimen perkauman,” katanya.

Justeru Chin Tong mengingatkan, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa komplot Azmin untuk Langkah Sheraton 2.0 bukan sahaja membahayakan negara tetapi juga memburukkan lagi keharmonian hubungan antara kaum.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat