Kes bakar kucing: DVS Selangor buka kertas siasatan

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor telah membuka kertas siasatan berhubung kes kucing dibakar di Flat Sungai Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang pada 22 April lalu.

Dalam kenyataan hari ini, DVS memaklumkan kes disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya Negeri Selangor untuk mendapatkan arahan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, media melaporkan, polis memburu tiga lelaki yang membakar anak kucing di parkir motosikal Flat Seri Kenari.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilapor berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu berusia 63 tahun memaklumkan anak kucing dibakar hidup-hidup di tapak parkir motosikal berkenaan.

“Suspek tiga lelaki dipercayai sedang melepak di tapak parkir berkenaan. Dua daripada suspek kemudian menyimbah dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing dan salah seorang menyalakan api.

“Ketiga-tiga mereka hanya menyaksikan anak kucing berkenaan berlari dalam keadaan badan terbakar,” katanya.

Mengulas lanjut, DVS mengesahkan telah menerima laporan daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Hulu Langat pada 24 April lalu berhubung kes berkenaan.

Susulan aduan tersebut, DVS Selangor telah membuat pemeriksaan aduan di klinik veterinar swasta yang mana kucing tersebut telah dihantar oleh orang awam.

Pihak jabatan telah mengambil milik kucing tersebut untuk membuat pemeriksaan lanjut di Pusat Tahanan Haiwan DVS Selangor.

“DVS ingin memaklumkan bahawa barang kes (satu ekor kucing), kini berada dalam keadaan baik di bawah pemantauan Pegawai Veterinar DVS Selangor.

“Oleh yang demikian, DVS menasihatkan orang awam untuk tidak membuat apa-apa spekulasi atau tindakan yang boleh mengganggu siasatan kes,” menurut kenyataan itu Buletin TV3

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat