Maszlee calon MB Johor cuma spekulasi

- Advertisement -

BUKIT GAMBIR – Calon PKR DUN Layang- layang, Dr Maszlee Malik yang digembar-gembur bakal menjadi Menteri Besar Johor hanya spekulasi dimainkan di media bukannya parti,” tegas Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.

“Itu (Maszlee) disebut oleh media. Bukan oleh kami (PKR), saya pun tak keluarkan apa-apa kenyataan dan bagi saya itu (calon menteri besar) adalah sebagai anggapan daripada pihak media.

“Itu mungkin perkiraan dan perbincangan yang berlaku. Kalau ditanya rakyat di bawah tak bincang pun pasal perkara ini.

“Kita ‘full stop’ kat situ dan biarkan fokus kepada agenda rakyat,” katanya ketika ditemui media pada ceramah umum di DUN Gambir, malam tadi.

Syed Ibrahim menjelaskan, calon Menteri Besar Johor bukan menjadi keutamaan Pakatan Harapan (PH) sebaliknya fokus utama buat masa ini ialah memenangkan calon-calon dan fokus agenda rakyat.

Beliau malah memberi keyakinan bahawa beliau tidak berniat untuk berselindung mengenai calon Menteri Besar Johor.

“Kita tidak ada perbincangan mengenai calon MB dari PH bukan saya nak selindung, memang tak ada.

“Kita kena menangkan calon-calon kita supaya mereka boleh benar-benar mewakili rakyat dan melihat kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan.

“Kita kena tengok bagaimana cara kita nak bantu rakyat dan saya rasa bila masa kita bincang pasal isu kepimpinan dan MB dia akan memesongkan kita daripada agenda sebenar,” katanya.

Ditanya adakah PH dan PKR mengambil pengajaran daripada PRN Melaka akibat awal mengumumkan calon menteri besar, Syed Ibrahim memberitahu strategi setiap negeri tak sama.

“Saya sebut di Melaka tak sama seperti mana di Johor.

“Kita tak boleh nak bandingkan secara sama sahaja. Saya rasa berbeza.

“Jadi sebab itu saya sebut kalau di sini fokus utama adalah kegagalan kerajaan untuk menangani masalah rakyat,” ujar Ahli Parlimen Ledang itu.

Pada 26 Januari lalu ADUN Kota Anggerik PKR mencadangkan Ahli Parlimen Simpang Renggam yang baru menyertai parti itu dinamakan sebagai calon Menteri Besar Johor bagi PH.

Dalam perkembangan lain, Syed Ibrahim menegaskan dari segi jentera dan sokongan PKR lebih fokus kepada memenangkan calon sendiri berbanding parti sekutu baru, MUDA.

“Kita tidak akan melanggar seperti mana MUDA langgar. Itu prinsip kita pada rakan-rakan kita di Amanah dan DAP.

“Kerusi yang ditandingi oleh MUDA itu merupakan kerusi yang dirunding oleh bersama DAP dan Amanah.

“Tapi adakah kita nak bagi sokongan kita untuk calon MUDA saya rasa secara wajarnya kena fokus kerusi kami.

“Itu soal pengundi kita serah kepada mereka. Itu hak pengundi tapi dari segi jentera dan sokongan kita mesti bantu untuk memastikan calon kita menang,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat