“Ismail, siapa pun perasuah kamu ambil tindakan” – Anwar beritahu PM

- Advertisement -

BUKIT GAMBIR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mengambil tindakan kepada perasuah tanpa pilih bulu.

Bahkan tegas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu beliau tidak peduli sama ada kes rasuah itu lama atau baru, tindakan harus diambil tanpa kompromi.

“Saya kata kepada PM Ismail… saya kata saya tak peduli (kalau) ada kes siapa pun rasuah kamu ambil tindakan.

“Itu pendirian kita (pembangkang). Kalau dah terlambat (kes lama), sekarang diambil tindakan,” tegas Anwar dalam ceramah umum di DUN Gambir, malam tadi.

Perdana Menteri memberi keyakinan pendakwaan akan diambil tanpa mengira parti.

“Semalam Perdana Menteri jawab soalan saya, dia kata orang dia, orang PH kalau rasuah dia tangkap,” katanya.

Selasa lalu, Perdana Menteri berjanji untuk tidak mengecualikan atau menyelamatkan mana-mana individu yang terlibat dengan aktiviti rasuah jika didapati bersalah.

Dalam Persidangan Dewan Rakyat , Ismail Sabri berkata, kemerosotan indeks persepsi rasuah bukan sekadar bergantung pada aktiviti rasuah, namun, turut melibatkan nilai-nilai yang berbeza bagi agensi-agensi antarabangsa yang mempunyai pandangan berbeza.

“Dari segi tindakan yang dilaksanakan apabila berkaitan isu rasuah, banyak kes yang berjalan di mahkamah melibatkan sesiapa tidak kira daripada pembangkang dan kerajaan. Hari ini banyak kes masih banyak berjalan. Ini menunjukkan kerajaan serius dalam mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah,” kata beliau menjawab soalan tambahan daripada Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

Ismail Sabri menegaskan beliau tidak akan kompromi, namun, beliau tidak tahu mengenai masa terdahulu jika ada tuduhan terpilih atau selective prosecution.

Dalam perkembangan lain, Anwar yang juga Presiden PKR mengakui kewibawaan beliau pastinya luntur sekiranya menerima tawaran daripada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menawarkan kemudahan bertaraf menteri dengan gaji lumayan.

“Sebab itu bila PM (Muhyiddin) berunding untuk bagi Anwar status menteri, bagi pejabat, bagi elaun RM50,000 rumah kereta, saya tolak.

“Saya ucap terima kasih tapi saya tolak sebab kalau saya terima datang di Gambir nak kempen, nanti orang cakap kamu sama saja. Cakap degar-degar bila bagi RM 50,000 kamu sapu. Sebab itu saya tolak.

“Menyesal pula tak ambil, bukan sikit. Tapi kalau kita pun perangai macam itu, kita tidak ada kewibawaan,” ujar Anwar lagi.

Sementara itu, beliau menyifatkan isu majoriti DUN di Johor bukanlah masalah rakyat tapi pemimpin di negeri itu.

Sebaliknya, Anwar menegaskan masalah rakyat Johor ialah kenaikan harga barang, pembukaan sempadan Malaysia-Singapura, pengangguran dan juga pembangunan tidak seimbang bukannya majoriti di DUN.

“Ini tidak bila harga barang naik jaja itu masalah dunia. Kamu jadi pemimpin buat apa? Gaji puluh ribu, bila harga barang naik kata masalah dunia, buatlah sesuatu, selesaikan masalah itu,” bidas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat