Industri halal Malaysia di tempat pertama selama 10 tahun berturut-turut

- Advertisement -

PETALING JAYA – Industri halal Malaysia terus berkembang dan tetap kukuh di tempat pertama dari 81 buah negara selama 10 tahun berturut-turut.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datin Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pensijilan halal Malaysia mengalami perubahan besar melalui perekayasaan proses dan prosedur kerja (BPR) bermula Januari tahun lalu.

Katanya, ia merupakan hasil pelaksanaan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia 2.0 (ISPHM 2.0) daripada projek rintis pengurusan pensijilan halal Malaysia yang dijalankan.

“Sepanjang tahun 2023, sebanyak 15,605 jumlah permohonan direkodkan berbanding 14,977 pada tahun 2022.

“Untuk makluman juga, fi pensijilan halal Malaysia yang berjaya dikutip pada tahun 2023 adalah sebanyak RM11,035,300,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada tahun 2023, sebanyak 8,509 permohonan diluluskan manakala sebanyak 132,106 produk (meliputi skim produk makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, bahan gunaan dan peranti perubatan) berjaya diberikan sijil halal.

Dalam pada itu, Hakimah berkata, berdasarkan laporan dikeluarkan State of Global Islamic Economy (SGIE) oleh Dinar Standards, Malaysia berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) 2023.

Katanya, ini menunjukkan industri halal Malaysia semakin berkembang pesat sekiranya dibandingkan negara-negara lain apabila mengekalkan tempat pertama daripada 81 buah negara selama 10 tahun berturut-turut.

“Komitmen yang penuh akan diberikan bagi memastikan pengurusan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) berada pada tahap yang terbaik.

“Pelbagai inisiatif baru akan dirancang dan dirangka bagi memperkasakan pensijilan halal Malaysia di peringkat global,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat