Pengurusan Monsun Timur Laut Diperkemas, Kerajaan Urus Pasca Banjir Berstrategi – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 memperinci enam kluster bagi menguruskan bencana itu yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, dalam mesyuarat khas itu beliau menerima taklimat status tindakan daripada enam kluster yang telah ditubuhkan bagi mengurus inisiatif
Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022.

Perdana Menteri memberitahu mesyuarat ini dihadiri Menteri-menteri Besar, Ketua-ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah agensi-agensi berkaitan, Timbalan Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Pengarah-pengarah Pembangunan Negeri dan ketua-ketua jabatan.

Ujarnya kluster itu membabitkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) hal ini katanya, bagi mempermudahkan urusan agihan BWI agar lebih cepat dan efektif, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah menubuhkan Command Centre dengan pemantau harian dibuat secara real time bermula 27 Disember 2021.

“Sehingga 2 Januari, BWI telah selesai diagihkan kepada seramai 28,258 (61.2 peratus) daripada 46,162 Ketua Isi Rumah (KIR). Bantuan telah berjaya diagihkan dalam tempoh 10 hari selepas mangsa terkesan banjir berbanding tiga hingga enam bulan sebelum ini.

“Daripada 51 kematian akibat bencana banjir yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 2 Januari 2022, seramai 38 waris mangsa telah pun menerima BWI Pengurusan Kematian.

” Sebanyak lima negeri iaitu Kelantan, Wilayah Persekutuan, Melaka, Terengganu dan Perak telah telah mencapai 100 peratus pembayaran
BWI kepada KIR yang terkesan. Sementara Pahang mencapai 65.5 peratus, Negeri Sembilan 82.7 peratus dan Selangor 47.6 peratus,” katanya.

Menurut beliau, kluster ini penyelarasan yang dibuat dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat-pejabat Daerah ini dijangka selesai diagihkan pada 5 Januari
2022. (Ini tidak termasuk bayaran BWI kepada mangsa banjir gelombang kedua).

Bagi pemulihan ekonomi pula, Ismail Sabri memberitahu, sehingga 1 Januari 2022, sejumlah RM33 juta daripada RM93 juta permohonan Pinjaman Mikro BSN untuk isirumah telah diluluskan sejak dilancarkan pada 27 Disember 2021. Bagi sumbangan GLC Disaster Recovery Network (GDRN), 60% daripada sumbangan berjumlah RM58 juta telah berjaya dilaksanakan.

“Berikutan pengumuman Kerajaan mengenai pemberian Baucer Pembelian Barangan Elektrik, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSA) akan menggunakan mekanisme Sustainability Achieved via Energy Efficiency (SAVE) dimana penerima boleh mula membuat pembelian di premis terpilih atau secara dalam talian bermula 7 Januari 2022. Pada tarikh yang sama, diskaun dan Baucer Pembaikan Kenderaan juga akan terpakai bagi pembaikan dari 19 Disember 2021.

“Permohonan bagi Pinjaman Bantuan Bencana untuk PMKS (BNM) telah mula dibuka untuk permohonan pada 27 Disember 2021. Permohonan moratorium sehingga 6 bulan bagi pinjaman sedia ada boleh dibuat bermula 19 Disember 2021,” ujar beliau.

Manakala bagi Pinjaman TEKUN untuk PMKS yang telah diumumkan pada 20 Disember 2021, pelaksanaan telah pun bermula pada 1 Januari 2022 melibatkan dana sebanyak RM30 juta.

” Bagi inisiatif Pembersihan dan Pembaikan Infrastruktur Awam dana berjumlah RM25 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN),” kata Perdana Menteri.

Dalam pada itu, kata beliau lagi bagi kluster pemulihan kebersihan awam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaporkan sehinga 2 Januari 2022, kerja-kerja pembersihan bagi lima buah negeri (Selangor 82 peratus, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 100 peratus, Negeri Sembilan 95 peratus, Pahang 77 perastus, Melaka 100 peratus telah selesai 91 peratus.

Maklum beliau, dianggarkan sebanyak 53,800 tan sisa banjir telah diurus menggunakan 2,730 jentera.

“Dana sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan kepada 32 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi kerja-kerja Pembaikan infrastruktur, kemudahan awam, sosio ekonomi dan keselamatan.

“Kerja-kerja baik pulih dan pembinaan rumah baharu melibatkan 32 PBT menerima peruntukan sebanyak RM50 juta,” kata beliau.

Perdana Menteri memaklumkan bagi kluster pengurusan banjir, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) akan dilaksanakan sejurus selepas tamat Monsun Timur Laut bagi membincangkan pelan jangka pendek dan jangka panjang pengurusan banjir negara.

” Bagi meningkatkan tahap perlindungan infrastruktur saliran dan pantai, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mencadangkan peningkatan tahap perlindungan/kala ulangan reka bentuk infrastruktur saliran dan pantai daripada 100 tahun Average Recurrence Interval (ARI) kepada 200 tahun ARI.

” Cadangan penambahbaikan Jabatan Meteorologi Malaysia meliputi Sistem Amaran Siren Banjir Berpusat di koordinasi oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Contoh di Sri Muda, siren amaran telah dibunyikan sebagai amaran kepada penduduk; kerajaan juga akan menambahkan lagi jumlah siren yang dilengkapi amaran suara di lokasi-lokasi berisiko untuk mengarahkan penduduk berpindah.

” Kamera Litar Tertutup (CCTV) di stesen pemantauan aras air agar penduduk bersedia untuk berpindah sekiranya air berada pada paras
bahaya; ramalan Cuaca Berangka (Numerical Weather Prediction, NWP), Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) menerusi
aktiviti-aktiviti latih amal banjir dan maklumat yang dihebah oleh KKMM,” katanya.

Selanjutnya kluster pemulihan infrastruktur menurut Kementerian Kerja Raya (JKR) terdapat 895 lokasi bencana dikesan sepanjang Monsun Timur Laut 2021/2022 yang melibatkan lokasi banjir, banjir kilat, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap, dan jambatan runtuh atau rosak. Inisiatif pemulihan melibatkan kos sebanyak RM967.2 juta.

“Sebanyak 802 lokasi telah selesai aktiviti pembersihan iaitu di negeri Kedah 3 (8), Perak 17 (17), Selangor 134(162) , Negeri Sembilan 45 (62),
Melaka 17 (22), Johor 6 (6), Pahang 533 (566), Terengganu 13 (14), Kelantan 34 (38). Pembaikan kekal dijangka dilaksanakan bermula Januari 2022 dan selesai pada Jun 2022,” jelas Perdana Menteri.

Bagi komunukasi strategik, Ismail Sabri memaklumkan ia diterajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia aktif melaksanakan hebahan maklumat sejak bermulanya Monsun Timur Laut 2021/2022 dan usaha dipergiatkan sejak jangkaan akan berlaku gelombang kedua bagi memastikan penduduk khususnya
dan negara amnya bersedia agar keadaan lebih terkawal.

” Strategi komunikasi melibatkan promosi hebahan amaran dan situasi semasa, hebahan bantuan-bantuan kerajaan, mengenal pasti isu berbangkit dan ditangani bersama pelbagai agensi serta usaha-usaha mengesan berita palsu dan segera menyiarkan penafian.

” Platform yang digunakan adalah media massa, media sosial, saluran Jabatan Penerangan, turun padang, advokasi, penerbitan dan usahausaha libat urus.
Penyelarasan usaha mobilisasi anggota Perkhidmatan Awam membantu kerjakerja pembersihan dan kemanusiaan telah melibatkan tenaga kerja hampir
separuh daripada penjawat awam Persekutuan dan Negeri di seluruh Malaysia.

“Bagi mereka yang menerima bantuan Kerajaan menerusi pembayaran Electronic Fund Transfer (EFT) dinasihatkan agar berhati-hati dengan pihak
tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil keuntungan mudah dengan menjalankan aktiviti scamming.

“Pelaksanaan semua inisiatif Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022 akan sentiasa dipantau Task Force bagi memastikan mekanisme kesiapsiagaan dan pengurusan bencana Negara sentiasa diperkemas dan
berada pada tahap optimum,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat