Air Asia Cadang Tukar Nama Kepada Capital A Bhd

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – AirAsia Group Bhd mencadangkan pertukaran namanya kepada Capital A Bhd.

Cadangan itu tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada mesyuarat agung yang akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata cadangan nama Capital A Bhd diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan dikhaskan kepada syarikat itu pada 28 Disember 2021.

“Satu pekeliling kepada pemegang saham dengan butiran cadangan pertukaran nama akan dikeluarkan kepada pemegang saham dalam masa terdekat.

“Cadangan pertukaran nama, jika diluluskan oleh pemegang saham, akan berkuat kuasa dari tarikh pengeluaran Notis Pendaftaran Nama Baharu oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada syarikat itu,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat