28,287 mangsa banjir dah terima wang ihsan -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Setakat 12 tengah hari tadi, seramai 28,287 mangsa banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada kerajaan,” beritahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bagi mereka yang masih belum mendaftar atau menerima manfaat ini, boleh segera menghubungi pegawai daerah anda untuk bantuan segera oleh kerajaan,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Ketua isi rumah di kawasan banjir layak menerima bantuan wang tunai RM1,000, manakala keluarga mangsa yang terkorban akibat banjir akan menerima bantuan sebanyak RM10,000.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), mangsa banjir layak mendapat bantuan wang tunai setiap kali banjir melanda.

Kerajaan juga memberikan rebat 100 peratus ke atas tarif elektrik kepada mangsa banjir bagi bil bulan Disember.

Pada masa ini, banjir melanda bahagian selatan Semenanjung Malaysia, pantai timur dan beberapa bahagian di Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat