Tak puas hati Bajet 2022, doktor kontrak anjur hartal 2.0

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) mengisytiharkan akan melaksanakan protes kali kedua pasca Bajet 2022.

Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak dalam kenyataan media pada Selasa berkata, Bajet 2022 yang dibentang Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz pada 29 November lalu langsung tidak menyelesaikan masalah doktor kontrak.

Kata gerakan itu, isu doktor kontrak dan masalah sistem kesihatan akan menggadaikan masa depan kesihatan rakyat rupanya tidak dipandang serius oleh Menteri Kewangan.

Bajet 2022 memutuskan untuk menyambung kontrak doktor pelatih selama dua tahun dan bukan menawarkan jawatan tetap.

“Gerakan Hartal Doktor Kontrak merasakan tiada langkah tanggungjawab penuh diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Tawaran yang diberikan tidak masuk akal dan hanyalah sebuah langkah membuang masa,” kata kumpulan itu.

Malah menurut mereka, Kementerian Kesihatan (KKM) langsung tidak memberikan sebarang bantahan kepada Kementerian Kewangan berkenaan isu ini bagi membela hak doktor kontrak.

” 5 tahun dalam perbincangan, masih tiada penyelesaian. Janji lantikan tetap dengan caruman KWSP yang seringkali diuar-uarkan hanyalah umpan supaya kami berhenti bersuara.

” Setelah 2 tahun doktor kontrak berhempas pulas melawan COVID-19, pengorbanan mereka tidak akan dihargai.

“Dengan ini kami dari Gerakan HDK mengisytiharkan Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan dilaksanakan sebagai tanda protes,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,581FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat