Kompaun PRN Melaka: “Walaupun tiada perhimpunan tapi langgar SOP” – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil membuat pencerahan berhubung isu kompaun terhadap penganjur program yang dihadiri bekas Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Razak.

Tegas Khairy meskipun tiada ‘perhimpunan’ namun acara berkenaan ada melanggar SOP.

“Berkenaan program Muhyiddin dan Najib di Melaka, walaupun tiada pehimpunan, memang ada langgar SOP.

“Perikatan Nasional (PN) Melaka telah dikompaun RM20,000 dan penganjur program yang dihadiri Najib dikompaun RM4,000.

Ujar Menteri Kesihatan itu lagi, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus pantau pematuhan SOP di Melaka.

Menurut KKM kedua-dua kompaun ini dikeluarkan berikutan kegagalan pihak penganjur memastikan pematuhan penjarakan fizikal oleh orang ramai yang hadir ke program tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat