Siapkan LCS Jadi Keutamaan Kerajaan Perancis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Usaha menyiapkan Kapal Tempur Pesisir (LCS) bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini menjadi keutamaan tertinggi Kerajaan Perancis.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu demikian selepas pertemuan bersama antara Malaysia dan Perancis.

“Pertemuan bersama pihak Kerajaan Perancis hari ini (semalam) memberi tumpuan terhadap komitmen antara kerajaan kedua-dua negara berhubung perolehan LCS.

“Seperkara yang cukup penting, Kerajaan Perancis sendiri telah menyatakan bahawa meneruskan dan menyiapkan LCS merupakan keutamaan tertinggi Kerajaan Perancis,” kata Hishammuddin menerusi hantaran dimuat naik di Facebook semalam.

Menurut beliau ini adalah perkembangan yang mustahak terutama di fasa mobilisasi enam bulan seperti diputuskan Jemaah Menteri, April lalu.

Malah kata Hishamuddin lagi, komitmen Kerajaan Perancis ini juga selari dengan syor beberapa pihak terutamanya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) serta keputusan Jemaah Menteri supaya projek LCS diteruskan demi kepentingan TLDM.

Pada April lalu, Perancis telah menyatakan komitmennya untuk meneruskan projek pembinaan enam buah LCS milik TLDM berdasarkan kepada perjanjian asal, walaupun projek bernilai RM9 bilion itu berhadapan kelewatan selama 43 bulan.

Duta Perancis ke Malaysia Roland Galharague berkata, penglibatan dua syarikat di dalam projek pembinaan kapal perang itu, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dan Naval Group (dahulu DCNS) daripada Perancis perlu dikekalkan.

Beliau menaruh keyakinan yang tinggi bahawa projek pembinaan enam buah kapal perang termoden TLDM bernilai RM9.128 bilion itu akan dapat disiapkan tanpa sebarang masalah sebaik sahaja diteruskan semula.

“Apa yang saya boleh beritahu, projek ini akan diteruskan sehingga tamat dengan penglibatan Perancis walaupun penyertaan syarikat kami hanyalah kecil.

“Kami mahu siapkan projek.Tambahan pula ia ada adalah kerjasama Malaysia menerusi syarikat BNS dengan penglibatan secara kecil daripada syarikat Perancis, Naval Group. Kedua-dua syarikat akan terlibat dan itu adalah perjanjiannya,” katanya.

Hishammuddin sebelum ini pernah menyatakan hasrat beliau untuk mendapatkan bantuan Perancis dalam menyelesaikan isu pembinaan kapal perang itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat