Fitnah PM, Polis Akan Panggil Lokman Adam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam, bagi membantu siasatan atas dakwaan membuat fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung perkara itu daripada satu laporan daripada seorang pegawai Pejabat Perdana Menteri, semalam.

“Setakat ini, IPD Sepang menerima satu laporan berhubung perkara itu dan akan memanggil Lokman bagi membantu siasatan dalam masa terdekat,” katanya lapor BH di Putrajaya pada Jumaat.

Semalam, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Dr Kamarul Zaman Yusoff, memaklumkan beliau diarahkan Perdana Menteri untuk membuat laporan polis terhadap Lokman susulan pelbagai tuduhan yang amat liar serta tidak berasas terhadap Ismail Sabri.

Beliau membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7, pada tengah hari semalam.

Kamarul Zaman dilaporkan berkata, Lokman memuat naik di media sosial, dakwaan bahawa Perdana Menteri, yang juga Naib Presiden UMNO ada membuat perjanjian dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) untuk tidak menggantikan Peguam Negara serta mempercepatkan kes terhadap Penasihat UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, Lokman kemudian menyarankan supaya Ismail Sabri dikenakan tindakan oleh UMNO, susulan apa yang didakwanya sebagai campur tangan Perdana Menteri dalam institusi kehakiman dan Jabatan Peguam Negara.

“Kita berpendapat, Lokman yang sepatutnya dihadapkan kepada Lembaga Disiplin UMNO kerana membuat tuduhan yang amat liar, tidak berasas sama sekali terhadap Ismail Sabris, yang diperakui parti adalah ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat