PAS Tak Perlu Sedu Sedan Kenang Nostalgia Muafakat Nasional – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno meminta PAS supaya mengikis nostalgia ikatan Muafakat Nasional (MN) dan menghentikan sedu sedan kerana parti Islam itu dikatakan sentiasa ‘main selamat’ juga ‘mandi dalam beberapa kolam’.

Penegasan itu dibuat Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malah menyatakan Umno perlu bergerak ke depan memandangkan parti sudah membuat keputusan bergerak secara solo.

Bahkan katanya, tindakan Umno itu dibuat akibat tindak tanduk dan sikap PAS sendiri.

“Kini Umno perlu bergerak ke depan, parti sudah membuat keputusan bergerak secara solo akibat tindak tanduk dan sikap PAS sendiri.

“Tak perlu sedu sedan apabila PAS sendiri sentiasa main selamat dan mandi dalam beberapa kolam. Inilah realiti politik yang perlu kita hadapi,” tegas Zahid sebagai respons kepada pandangan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang menyatakan bahawa PAS tidak pernah mengisytiharkan pembubaran Muafakat Nasional.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memaklumkan Muafakat Nasional memerlukan kestabilan dan kekuatan politik, dan citra ini diterjemahkan oleh rakyat melalui siri-siri kemenangan dalam PRK selepas PRU-14 yang memperlihatkan sinergi yang jelas antara kedua-dua parti dan menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan ketika itu untuk memperbetulkan haluan dan mendengar nadi rakyat.

Ini semua telah dijadikan sandaran asas dengan termeterainya Piagam Muafakat Nasional, kata beliau.

Pun begitu menurut Zahid lagi, kunci kejayaan dan kestabilan politik Muafakat Nasional adalah kepercayaan, dan kepercayaan ini dirobekkan oleh PAS apabila memilih untuk menganggotai Perikatan Nasional (PN) dibawah Bersatu dan menenggelamkan momentum kerjasama yang dibina bersama Umno melalui Muafakat Nasional.

“Bagaimanakah kestabilan, keyakinan dan kerjasama yang kukuh dapat terjalin sekiranya perkara paling asas iaitu prinsip dan kepercayaan diabaikan?

“Lebih lagi dengan parti yang sememangnya jelas ingin menghancurkan Umno dari luar dan dari dalam.

“Apa yang saya lihat, kerjasama yang PAS sampaikan hanya satu bentuk kerjasama politik dangkal yang tidak mengambil kira keperluan rakyat sebagaimana semangat Muafakat Nasional yang sebenar. Hanya dengan kembali kepada kerjasama asal, barulah keikhlasan PAS dapat dilihat,” ujar Zahid dalam kenyataan pada Jumaat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat