Nak Jadi Calon PRU15 Kena Jumpa Zahid, Pandai-Pandailah Kamu Kata Tajuddin

- Advertisement -

PETALING JAYA: Pemimpin ka­nan UMNO yang mempunyai pendirian bertentangan dengan parti itu diingatkan bahawa watikah pencalonan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) masih terletak di bawah Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ini susulan keputusan parti yang menangguhkan pemilihannya sehingga 18 bulan, sekali gus menyaksikan Ahmad Zahid ke­kal me­nyandang jawatan itu sehingga 2023.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada beberapa ahli Parlimen yang kelihatan cen­derung menjauhi diri daripada Presiden.

“Kalau masih nak jadi calon, nak dapatkan tempat yang ditentukan Presiden, pandai-pandailah kamu. Janganlah terus kutuk, mengancam Presiden. Sampai masa kamu nak jumpa dia juga. Ahmad Zahid adalah Pengerusi BN, kalau dia masih duduk situ lagi, macam mana agaknya hati dia dibuat macam ini?

“Sekarang terpulang kepada Presiden sama ada dia nak kekal sebagai Presiden sampai 2023 pun boleh, sebab apa? Dia dah diberi kuasa oleh Majlis Ter­tinggi (MT) melalui usul pemilihan parti ditangguhkan sehingga 2023.

“Kalau saya Presiden, bantai-bantai aku, siaplah kau orang,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 membuat pendirian tidak bekerjasama dengan PKR dan DAP, Ahmad Zahid diasak dengan pelbagai kontroversi membabitkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Malah, ada beberapa pihak yang dikatakan membuat gerakan sendiri yang tidak seiring dengan UMNO serta membelakangi Presiden.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menegaskan, ‘mereka’ tidak patut dicalonkan lagi pada PRU-15 dan sekiranya mereka bertan­ding dalam pemilihan parti, semua ahli UMNO wajib menolak.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, UMNO tidak boleh membuang ahli Parlimen yang setia dengan perjuangan dan prinsip parti ia­itu ‘No Anwar’ ‘No DAP’.

Kata Mohamed Nazri, ke­setiaan itu selaras dengan pendirian Perhimpunan Agung UMNO lalu untuk tidak bekerjasama dengan PKR dan DAP. -UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,577FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat