KPM Lantik Nor Zamani Abdol Hamid Sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Yang Baharu

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan perlantikan Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuatkuasa 22 Jun lepas.

KPM melalui kenyataan medianya, berkata Hajjah Nor Zamani adalah merupakan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang ke-18 dan merupakan wanita ketiga dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan di KPM,

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mengumumkan pelantikan YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa pada 22 Jun 2021.

‘YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani, 59 tahun merupakan KPPM yang ke-18 dan merupakan wanita ketiga dilantik sebagai KPPM. Beliau telah memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada tahun 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan.” kata kenyataan tersebut.

Dalam tempoh 35 tahun perkhidmatan, beliau juga telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta.

“YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani berkelulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sosiologi dan Antropologi dan Ijazah Sarjana Pendidikan daripada Universiti Malaya.

“KPM yakin YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani dapat menggalas tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan pendidikan dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi KPM dalam mencapai aspirasi pendidikan negara.” ujar kenyataan tersebut. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat