“Saya dah tutup pintu depan tapi…. “ – Ismail Sabri kecewa total lockdown disabotaj

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan total lockdown melalui PKP 3.0 kali ini dikritik teruk kerana ia ‘ditebuk’ oleh beberapa kementerian dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sendiri.

Hari ini Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan perasaan kesal dan kecewa beliau apabila usaha beliau melaksanakan total lockdown ‘disabotaj’.

“Saya dah tutup pintu depan tapi ………………..,” catat Ismail Sabri di Facebooknya bersama emoji sedih.

Status itu mendapat komen positif warga maya malah mereka tetap menghargai inisiatif beliau dan kementeriannya memperketat SOP.

“Terima kasih datuk seri sbb buat yang terbaik. Kami tahu.

“Setuju usaha lockdown ni dan sangat-sangat menghargai usaha para frontliners. Tapi kalau macam ni gayanya kita hanya bakal buang masa, tenaga, sumber dan duit je untuk lockdown sampai 14 jun ni,” komen pengikutnya.

Semalam Ismail Sabri juga telah mengumumkan bahawa kerajaan telah mengarahkan operasi kilang minuman keras ditutup berkuat kuasa serta-merta dalam tempoh ‘total lockdown’.

Namun, di sebalik semua usaha tutup pintu itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan sebanyak
95,142 syarikat untuk beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selama 14 hari bermula semalam hingga 14 Jun 2021.

Manakala hari ini pula Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi lampu hijau kepada penjaja kecil
di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mendapat permit penjaja sama ada kekal atau sementara, tidak perlu untuk mendapatkan kelulusan melalui CIMS menerusi MITI.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat