Total lockdown: Penjaja tak perlu permit MITI boleh berniaga seperti biasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penjaja kecil di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mendapat permit penjaja sama ada kekal atau sementara, mereka tidak perlu untuk mendapatkan kelulusan melalui CIMS menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Arahan baru ini dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurut pekeliling baru KPKT ini penjaja kecil hanya perlu menunjukkan permit penjaja yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja.

“Sekiranya lokasi perniagaan mereka melibatkan pergerakan merentas daerah, mereka perlu mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengemukakan bukti permit penjaja oleh PBT berkenaan.

“Kebenaran untuk berniaga ini hanya terpakai untuk penjaja kecil sahaja dan bukan untuk operasi pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu. Keputusan ini adalah berkuatkuasa serta merta dan terpakai sepanjang tempoh PKP 3.0,” kata KPKT.

Hal ini bermaksud semua penjaja kecil yang telah diberi kebenaran beroperasi dan melakukan pergerakan rentas daerah mestilah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat