“Pesawat Buat Latihan Rutin, Tiada Negara Disasarkan” – Kedutaan China Beritahu Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Insiden Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memintas 16 pesawat tentera China yang terbang secara mencurigakan di ruang udara Malaysia, jurucakap Kedutaan Besar China berkata pesawat berkenaan sedang menjalani latihan dan tiada negara yang dijadikan sasaran.

“Setahu saya, aktiviti yang dilaporkan adalah latihan penerbangan Tentera Udara China secara rutin dan tidak mensasarkan mana-mana negara pun.

“Menurut undang-undang antarabangsa yang relevan, pesawat tentera China bebas melakukan lintas terbang di ruang udara yang relevan. Semasa latihan ini, pesawat tentera China mematuhi undang-undang antarabangsa yang berkenaan dan tidak memasuki ruang udara wilayah negara lain,” menurut jurucakap itu petang semalam.

Jurucakap itu memetik laporan Malaysiakini menambah bahawa China dan Malaysia adalah jiran yang mesra, dan China bersedia untuk meneruskan rundingan mesra dua hala dengan Malaysia untuk bersama-sama menjaga keamanan dan kestabilan serantau.

Untuk makluman, kenyataan itu hadir sebelum Kementerian Luar menyatakan bahawa Malaysia akan memanggil Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia untuk memberikan penjelasan mengenai pencerobohan itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pendirian Malaysia dalam hal ini jelas iaitu mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara tidak bermaksud akan menjejaskan keselamatan negara.

“Berdasarkan laporan yang diterima daripada TUDM, Kementerian Luar akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik terhadap pencerobohan itu kepada kerajaan Republik Rakyat China.

“Kementerian juga akan memanggil Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia untuk memberikan penjelasan mengenai pelanggaran terhadap ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat tentera udara PLA itu,” kata Hishamuddin semalam.

Dua hari lalu, TUDM dilaporkan memintas 16 pesawat tentera China yang terbang di ruang udara Zon Maritim Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah.

Panglima TUDM, Jeneral Ackbal Abdul Samad berkata insiden pesawat tentera udara China masuk ruang udara negara merupakan perkara serius berkaitan ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan.

Kata Ackbal lagi insiden tersebut telah dikendalikan oleh TUDM khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya berlandaskan undang-undang dan peraturan penerbangan antarabangsa International Civil Aviation Organization (ICAO) serta Strategi Pertahanan Udara Nasional (SPUN).

Pada tahun lalu, Laporan Ketua Audit Negara (KAN) Siri 3 mendedahkan kapal Pasukan Pengawal Pantai China (CCG) dan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China (Plan) direkod menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara 2016 dan 2019.

Ketua audit negara juga mengambil maklum kerajaan China tidak menghiraukan nota bantahan berhubung pencerobohan itu.

Menurut laporan itu, kehadiran CCG dan Plan untuk menunjukkan tuntutan China terhadap Laut China Selatan, khususnya di kawasan Beting Patinggi Ali, iaitu kira-kira 84 batu nautika dari pantai Miri, Sarawak dan sekitar 1,600km dari tanah besar China.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat