Najib Desak Buat Total Lockdown Betul-Betul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ” Jika nak buat PKP3.0 buat betul-betul. Jangan sia-siakan sekali lagi pengorbanan rakyat,” luah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau meluahkan kekesalan dengan keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha mengendalikan penularan Covid-19 memandangkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) meluluskan kebenaran beroperasi kepada sebanyak 95,142 syarikat semasa tempoh PKP 3.0 dan sekatan perjalanan penuh yang bermula 1 Jun.

Sedangkan kata Najib dalam sidang media semalam Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 27 kluster baharu Covid-19, lebih tinggi daripada rekod 25 kluster yang dicatatkan hari sebelumnya.

Malah menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan 13 kluster tempat kerja, lapan berkaitan komuniti, tiga kluster keagamaan, dua ialah sektor pendidikan dan baki satu membabitkan kumpulan berisiko tinggi.

“Ketua Pengarah Kesihatan kata tempoh empat bulan diperlukan untuk landaikan keluk jangkitan dengan pelaksanaan “total” lockdown (yang sangat total) ini.

“Manakala MITI umum sebanyak 95,142 syarikat ini tidak perlu bimbang dengan total lockdown. Jadi syarikat-syarikat ini tak perlu bimbang.

“Yang lain, bersabarlah. Tempoh empat bulan bukan panjang ke mana kot,” sindir Najib.

Tambah Najib, hari ini gemnap tiga minggu sejak PKP 3.0 seluruh negara bermula pada 12 Mei lalu.

“Sebab itu ianya sangata mengecewakan dan merisaukan bahawa bilangan kluster baru dikesan semalam pecah rekod tertinggi sekali lagi.

“Kembimbangan saya ialah jika kita amat tegas untuk memanfaatkan secara penuh tempoh 14 hari fasa pertama “total” lockdown ini, situasi Covid-19 akan tetap kritikal dan mudarat serta kemurungan pada rakyat akan berpanjangan,” luah Najib kesal.

Beliau turut menyeru ” we must get it right this time”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat