‘Terima Kasih Penjawat Awam’ – PM Muhyiddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam kerana memberi sumbangan kepada negara bagi memerangi penularan pandemik Covid-19 yang semakin menular.

Kata Muhyiddin, ini menggambarkan penjawat awam bersolidariti untuk menunjukkan sokongan terhadap perjuangan para ‘frontliners’ yang berusaha tanpa henti untuk membendung dan melindungi rakyat Malaysia daripda jangkitan Covis-19.

“Saya amat menghargai dan menyambut baik solidariti penjawat awam yang akan turut serta memberi sumbangan kepada negara bagi memerangi COVID-19 melalui potongan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) sebagaimana diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, semalam.

“Sumbangan oleh penjawat awam tidak termasuk petugas barisan hadapan dan kakitangan kerajaan Gred 1 hingga 28 ini
akan dimasukkan ke Akaun Amanah Bencana COVID-19. Ini membuktikan kebersamaan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab bersama Kerajaan memerangi pandemik COVID-19,” kata beliau melalui kenyataan Facebooknya.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua kakitangan awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang lebih setahun menguruskan pandemik COVID-19 ini, ujar beliau lagi.

“Saya doakan agar semua penjawat awam di seluruh negara, tidak kira apa pun peranan anda dalam perjuangan kita memerangi COVID-19 ini akan terus diberkati Allah SWT. Semoga kita semua dan Malaysia dilindungi daripada ancaman wabak ini. Insya-Allah,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat