Ayu Ting Ting terus dikecam

- Advertisement -

Jakarta: Nama penyanyi Indonesia, Ayu Ting Ting kembali menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat gara-gara aksinya dibelai manja pelakon Andre Taulany, baru-baru ini.

Sebaik mengetahui perkara ini, Ivan Gunawan yang mengaku jatuh cinta pandang pertama pada Ayu cuba mempertahankan penyanyi dangdut itu.

Menerusi saluran YouTube Trans TV Official, Ivan berkata, dia kasihan dengan Ayu yang selalu menjadi sasaran netizen yang tidak menyukainya.

Walaupun diasak pengacara Deddy Corbuzier yang mengatakan Ayu tidak mahu simpati mana-mana pihak, Ivan tetap mempertahankan keputusannya.

Ivan dalam keadaan emosi menjelaskan bahawa tidak semua perbuatan Ayu itu salah.

 

IVAN Gunawan pertahankan Ayu yang kerap dikecam netizen.
IVAN Gunawan pertahankan Ayu yang kerap dikecam netizen.

 

“Ada artis lain yang membelai-belai dia, siapa yang salah? Jangan salahkan Ayu dan fikir dia jahat. Saya tidak suka dan perlu jaga dia,” katanya.

Ivan berkata, emosinya timbul selepas membaca komen di media sosial Ayu.

“Bukan semua salah Ayu. Saya ingin hidup bahagia dan begitu juga Ayu. Kita perlu mendoakan yang baik-baik buatnya,” katanya.

Ivan kemudiannya memeluk Ayu sekali gus membuatkan penyanyi ini menangis. Melihatkan situasi ini, dia yang tidak dapat mengawal perasaan turut sama menangis.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,540FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat