Kelonggaran Yang Diberikan Bukan Bermakna PKP Telah Ditarik Balik

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri

kota Kinabalu- Gerakan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju dengan sebulat suara untuk mencalonkan Datuk Hajiji Not sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu. Perkata itu dimaklumkan...

Ketua Menteri Sabah: Bung, Hajiji atau nama lain?

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah menyerahkan 41 akuan berkanun (SD) kepada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin. Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah...

PBS tak akan jadi ‘katak’ sertai Warisan – Johnny Mositun

KOTA KINABALU - Wakil rakyat daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak akan melompat parti menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi membentuk kerajaan negeri seperti...

Teka-Teki Ketua Menteri Sabah Berterusan, GRS Kemukakan Calon Baharu?

Kota Kinabalu - Teka-teki siapa Ketua Menteri Sabah masih berterusan apabila pertemuan ketua-ketua parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Tuan Yang Turutama Yang Dipertua...

Selasa Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Yang Baharu

Kota Kinabalu - Majlis angkat sumpah Ketua Menteri yang baharu akan berlangsung di Istana Negeri Sabah pada jam 10.30 pagi esok. Perkara itu disahkan Bahagian...

KUALA LUMPUR – Kelonggaran bersyarat yang dikenakan kerajaan semalam tidak bermakna Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik balik.

Sebaliknya, tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKP tetap diteruskan seperti mula-mula dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

“Hanya untuk PKP keempat bermula Isnin ini, kita memberi beberapa kelonggaran seperti pekerja kakitangan awam dan swasta sudah boleh mula bekerja dan sebagainya.

“Sungguhpun kelonggaran diberikan, rakyat masih terikat dengan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan polis.

“Ini kerana Akta 324 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 masih berkuasa dan berkuatkuasa. Begitu juga dengan PKP masih berkuasa. Jadi, semua pematuhan mesti dipatuhi,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang merupakan pendekatan ketiga sebagai langkah membuka semula aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan, kecuali beberapa aktiviti melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak Covid-19.

Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) juga akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes positif Covid-19 yang tinggi.

Menurut Ismail Sabri, PKPB itu akan bermula 4 Mei ini berdasarkan beberapa kriteria utama, iaitu kepentingan kesihatan dan keperluan merangsang ekonomi negara.

“Disebabkan itu, kerajaan mengarahkan pihak berkenaan menyediakan SOP yang ketat sepanjang PKPB supaya orang ramai tidak terlalu bebas dan melakukan aktiviti secara terbuka.

“Saya tegaskan, bahawa PKP masih terus dilaksanakan. Akta 342 masih berkuatkuasa dan tindakan masih boleh diambil kepada mereka yang ingkar kepatuhan ini.

“Ini selari dengan pengumuman awal, kelonggaran demi kelonggaran akan dilakukan. Contohnya, waku premis berniaga sebelum ini sehingga jam 8 malam, dengan PKP keempat (PKPB), waktu tutup dilonggarkan sehingga jam 10 malam,” katanya.

Begitu juga, kata beliau, sektor kilang pada awalnya melibatkan keperluan asasi seperti makanan dan perubatan sahabat dibenarkan beroperasi, kini dilonggarkan kepada sektor tertentu secara berperingkat.

Ujar beliau, kelonggaran itu dilakukan kerana kerajaan telah mengenal pasti Zon Hijau, Zon Merah dan Zon Kuning, berbanding diawal PKP, ia dilaksanakan mengikut negara.

“Selepas itu peringkat demi peringkat dari penguatkuasaan seluruh negara, selepas itu diturunkan kepada negeri dan kepada daerah, mukim sebelum ditentukan mengikut lokaliti.

“Seperti Putrajaya, sebelum ini kita isytiharkan Zon Merah, tetapi apabila kita lakukan pemeriksaan dan penelitian, kita dapati hanya satu present sahaja terlibat, maka present itu kita isytiharkan Zon Merah, kawasan lain Zon Hijau dan diberi kelonggaran,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri

kota Kinabalu- Gerakan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju dengan sebulat suara untuk mencalonkan Datuk Hajiji Not sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu. Perkata itu dimaklumkan...

Ketua Menteri Sabah: Bung, Hajiji atau nama lain?

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah menyerahkan 41 akuan berkanun (SD) kepada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin. Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah...

Selasa Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Yang Baharu

Kota Kinabalu - Majlis angkat sumpah Ketua Menteri yang baharu akan berlangsung di Istana Negeri Sabah pada jam 10.30 pagi esok. Perkara itu disahkan Bahagian...