Anugerah Jadi Motivasi Rashid Sidek Untuk Terus Berbakti Dalam Sukan Badminton

KUALA LUMPUR: Bekas pemain perseorangan lelaki negara Abdul Rashid Mohd Sidek menyifatkan anugerah Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk diterima sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021, menaikkan semangatnya untuk terus menyumbang bakti dalam pembangunan badminton negara ini.

“Alhamdulillah, saya ingin berterima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan yang mencadangkan nama saya, untuk menerima gelaran Datuk.

“Ini mungkin kerana jasa dan sumbangan kerana mengharumkan nama negara dalam sukan badminton seperti menang Piala Thomas (pada 1992) dan pingat gangsa Sukan Olimpik (di Atlanta pada 1996),” katanya kepada Bernama pada Isnin.

Beliau merupakan antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 semalam.

Seorang lagi bekas pemain badminton negara Cheah Soon Kit, yang meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 1996, turut menerima anugerah PMW.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dalam sidang media khas pada Isnin berkata, tarikh istiadat pengurniaan sedang dimuktamadkan.

– BERNAMA

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Arsenal Tolak Tawaran Pengasas Spotify

PENGASAS Spotify mengesahkan pada Sabtu tawarannya untuk membeli Arsenal ditolak kelab berkenaan. Menurut Daniel Ek, dia menghormati keputusan pengurusan The Gunners namun minatnya terhadap kelab...

Hormati Pemergian Haziq, Jangan Buat Spekulasi – Reezal

KAJANG - Semua pihak diminta menghormati pemergian atlet memanah negara, Haziq Kamaruddin dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematiannya hari ini. Menteri Belia dan Sukan...

Perginya ‘Robin Hood’ Negara

MALAYSIA pada Jumaat menangisi kehilangan Robin Hood negara -- Mohd Haziq Kamaruddin meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Kajang, Selangor. Tragedi itu menjadi satu...