Pusat kargo KLIA gempar penemuan bungkusan ancaman bom

- Advertisement -

SEPANG – Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini digemparkan dengan bungkusan ancaman bom, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, satu laporan diterima Balai Polis Aeropolis KLIA pada jam 1.30 petang oleh pengendali mesin pengimbas di pusat kargo terbabit.

Menurutnya, bungkusan terbabit diimbas dan dipercayai mengandungi bateri dan beberapa wayar.

“Semakan petugas terbabit juga mendapati bungkusan yang dialamatkan kepada individu di Limbang, Sarawak itu terdapat tulisan ‘awas jangan campak nanti meletup ini bom’.

“Susulan itu, tindakan lanjut dilakukan oleh Unit Anjing Pengesan (K9) polis dan didapati negatif bahan letupan,” katanya pada Khamis.

Azman berkata, bagaimanapun, berikutan ayat ancaman yang tertulis pada bungkusan itu, Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan menyelamat mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Katanya, bungkusan itu berjaya dimusnahkan dengan kaedah tembakan ‘pigstick’ berisi air yang dipasang pada robot pemusnah bom.

“Tiada sebarang letupan berlaku dan setelah prosedur tembakan dilakukan, didapati bungkusan tersebut mengandungi satu komputer riba dan kabel pengecas,” ujarnya.

Tegasnya, siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat