COVID-19: Tidak Perlu ‘Lockdown’, Amalkan Lima Langkah Kesihatan Ini – Fauci

WASHINGTON: Tidak perlu penutupan penuh di seluruh negara sekiranya lima langkah amalan kesihatan ini diamalkan semua pihak.

Saintis terkemuka Amerika Syarikat, Dr. Anthony Fauci berkata, kesimpulan ini dibuat berdasarkan trajektori kes yang didapati di negeri-negeri Amerika Syarikat.

“Tidak perlu penutupan sepenuhnya jika semua orang mematuhi amalan kesihatan awam asas iaitu memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, elak kawasan sesak khususnya di kawasan tertutup dan melakukan aktiviti yang dibenarkan di dalam atau di luar bangunan selain kerap membasuh tangan,” katanya di Persidangan COVID-19 Persatuan AIDS Sedunia (IAS) pada Isnin.

Jelas Dr. Fauci, pihaknya mendapati negeri di Amerika Syarikat yang tidak mengamalkan lima langkah kesihatan ini mempunyai trajektori kes yang lebih buruk berbanding negeri yang mengamalkannya.

Pada masa yang sama, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat itu berkata penutupan penuh akan menyebabkan kesan ekonomi yang sangat buruk – Astro Awani

Topik Hangat

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

Covid-19: Kes Global Kembali Meningkat

MOSCOW: Jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 global kembali meningkat sejak seminggu lalu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). "Lebih 2.6 juta...

Bakal jemaah haji wajib divaksin arahan Arab Saudi

KUALA LUMPUR - Kerajaan Arab Saudi mewajibkan vaksin Covid-19 ke atas bakal jemaah haji tahun ini. Menteri Kesihatannya Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata ia merupakan antara...

Dua Pertuduhan Bakal Dihadapi Aung San Suu Kyi

YANGON: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dituduh dengan dua pertuduhan jenayah lagi ketika tampil di mahkamah menerusi sidang video pada Isnin. Pertuduhan...