Mat Sabu Bimbang Fahaman Mengkafirkan Umno Disuburkan Semula

- Advertisement -

ROMPIN – Susulan kerjasama politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka akan dijadikan bahan untuk parti lawan menyuburkan semula fahaman takfiri yang mengkafirkan Umno seperti yang pernah dimomokkan sebelum ini.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengakui kebelakangan ini Malaysia dilanda dengan fahaman-fahaman yang kurang menyenangkan dan beliau bimbang fahaman takfiri muncul semula.

“Saya boleh mengkritik Umno, saya menghentam Barisan Nasional (BN) saya boleh mengkritik DAP tapi ada perenggannya. Jangan sampai satu peringkat seperti dulu mengkafirkan Umno.

“Saya bimbang fahaman takfiri itu muncul semula sekarang ini. Kita lihat negara-negara di dunia yang hancur berpunca daripada fahaman takfiri iaitu tak setuju dengan kita, kita kafirkan orang itu, kita sesatkan orang itu akhirnya berlaku seperti di Syria, Iraq dan somalia sampai kalau lihat Somalia lebih 40 tahun tiada penyelesaian konflik antara mereka.

“Kita sebuah negara aman, kita berbeza pandangan itu perkara biasa, ada konflik sekali berlaku besar iaitu 13 Mei 1969 tapi selepas itu tak ada konflik besar melainkan ada beza pandangan antara satu sama lain,” katanya ketika ceramah umum PRU15 di Rompin, malam tadi.

Bagaimanapun kata Mohamad, kebelakangan ini muncul semula tuduhan kononnya DAP komunis.

“Kalau mereka (DAP) komunis bagaimana sekarang mereka memerintah Malaysia bersama PH dalam kerajaan negeri Pahang, Perak dan Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP.

“Kenapa Pas sampai ke peringkat itu membuat tuduhan kepada parti lawan? Ianya merbahaya dalam jangka pendek dan jangka panjang. Apakah ini cara kita berpolitik di zaman ini, ia perlu kita baiki sebab negara kita masyarakat majmuk tersalah langkah terjerumus kepada bahaya sebab itulah kita kena tubuhkan kerajaan bersama PH-BN dan lain-lain untuk melawan fahaman-fahaman yang boleh merosakkan Malaysia, ini penting.

“Bahkan sudah ada suara dalam ceramah “kita bunuh cina”, apa ini? Kalau ini disuburkan fahaman ini ia tidak bawa kebaikan,” tegasnya.

Menurut Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi, parti-parti politik boleh beza pandangan tapi jangan melampau.

“Saya jadi pembangkang- kita hentam Tun Dr Mahathir Mohamad, kita hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya biasa lawan dengan Anwar bertanding di Permatang Pauh tahun 1986, sekarang masyaallah sahabat karib siapa jentik Anwar, kena penyepak aku.

“Ertinya kita boleh bincang dan dapat satu persetujuan akhirnya dalam keadaan suasana politik Malaysia ini kita kena membina terus sebab Malaysia sekarang berada dalam keadaan kelam kabut – pelabur kurang datang, matawang makin jatuh,” ujarnya.

Untuk rekod, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini Presiden Pas pernah pada April 1981 menerusi Amanat Haji Hadi telah mengkafirkan Umno sehingga menyaksikan orang Melayu ketika itu berpecah-belah.

Antara kemuncak tindakan itu berlakunya sembahyang dua imam dalam masjid sama, pemulauan majlis keraian atau kenduri, perceraian suami isteri dan penolakan sembelihan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat