Kit Siang tak patut cabar Ketuanan Melayu – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- DAP daripada Pakatan Harapan (PH) perlu menghentikan anasir perkauman dalam kempen politik mereka.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulas, kenyataan terbaru tokoh DAP, Lim Kit Siang langsung tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.

Hal ini katanya, ia berisiko menimbulkan syak wasangka dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama.

“Pilihan raya adalah elemen terpenting demokrasi, bukan elemen yang berisiko meranapkan kebersamaan masyarakat.

“Apakah maksud beliau terdapat golongan kelas pertama, kedua, atau ketiga antara kaum di negara ini?

“Seolah-olah mahu menggambarkan berlaku diskriminasi dalam kalangan kaum di Malaysia,” tegas Zahid.

Sedangkan katanya, semua menyaksikan rakyat berbilang kaum berada di pelbagai peringkat terpenting di Malaysia.

“Sosioekonomi, sosiopolitik dan segala-galanya yang menjadi acuan negara ini sejak dulu.

“Barisan Nasional (BN) sebagai contoh merangkumi pimpinan dan ahli parti terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Malah Zahid menempelak, parti DAP sendiri sejak sekian lama berada dalam kancah politik Malaysia tanpa sebarang sekatan dan halangan.

“Begitu juga dalam hierarki sektor korporat serta tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa.

“Daripada golongan profesional sehingga kepada peserta ekonomi gig. Berhentilah DAP dengan anasir kempen seperti ini.

“Ketuanan Melayu tentang keistimewaan orang Melayu, Raja-Raja Melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu. Termaktub sejak sekian lama tanpa sedikit pun menafikan hak dan peluang kaum lain di bumi Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Kit Siang yang juga veteran DAP membangkitkan Malaysia memerlukan dasar “Ketuanan Malaysia” dan bukannya “Ketuanan Melayu” sekiranya hendak menjadi negara majmuk hebat bertaraf dunia.

“Pertamanya, dasar Ketuanan Melayu hanyalah satu helah golongan Umno-putra untuk mengayakan diri mereka secara melampau sambil orang-orang Melayu dan Bumiputera yang lain terus miskin dan ketinggalan.

“Kedua, dasar ini bertentangan dengan prinsip asas pembinaan negara Malaysia, di mana setiap rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak, adalah sama-sama rakyat Malaysia, bahawa tidak ada beza rakyat kelas pertama, kelas kedua, atau kelas ketiga,” kata Kit Siang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat