Zahid singkir penentang Jajaran Anwar Ibrahim?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebahagian Ahli Parlimen Barisan Nasional yang lantang menentang  jajaran baharu bersama Anwar Ibrahim sejak dua tahun lalu kini mendapat padah apabila tidak lagi dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Halimah Saddiq dan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Adham Baba merupakan antara yang menjadi mangsa pembersihan ini.

Annuar menjadi fokus utama Ahmad Zahid apabila ‘memaksa’ Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh menerima watikah pencalonan sebagai Ahli Parlimen Ketereh.

Tindakan Annuar mendedahkan ketulenan surat sokongan Zahid untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri telah menimbulkan kemarahan Zahid sehingga membawa kepada pemecatan Annuar Musa dari jawatan Setiausaha Agung BN pada Januari 2021.

Kelantangan Annuar mendedahkan beberapa percaturan Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim telah menimbulkan ketidakpuasan hati. Annuar segera dilabel sebagai ejen Bersatu dalam UMNO. Bersatu yang membawa Umno kembali dalam kerajaan kini dianggap musuh lebih berbahaya dari PKR dan DAP.

Bukan Annuar Musa seorang berhadapan penyingkiran ini, Shahidan dan Zahidi turut berhadapan tindakan yang sama. Mereka sebelum ini mengeluarkan pelbagai kenyataan keras menentang kerjasama Umno- PKR yang diusahakan Zahid sejak beberapa lama tersamsum

Pada 2021 Zahidi mengkritik sokongan Zahid kepada Anwar.  Zahidi yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, menggesa pemilihan disegerakan supaya Ahmad Zahid dapat mengubah keputusan parti yang sebelum ini menolak kerjasama dengan Anwar.

Shahidan ketika itu juga senada dengan Zahidi apabila meminta Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid atas tindakannya yang didakwa menyanggahi keputusan yang dibuat ketika PAU lalu.

Shahidan  mendakwa, Ahmad Zahid perlu dikenakan tindakan kerana terbabit dalam isu surat sokongan terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri yang telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Shahidan turut menyatakan beliau akan mendedahkan semua mereka yang terang-terang langgar keputusan parti sebelum ini dengan menyokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri tetapi  tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin.

Tajuddin Abdul Rahman merupakan antara penentang terkini dan lantang mendedahkan  usaha Zahid untuk mengadakan kerjasama dengan Anwar. Tajuddin mendakwa Zahid disebalik kegiatan mengumpul akuan berkanun (SD) menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sejak beberapa ketika lalu.

Tajuddin kemudiannya dipecat dari jawatan Majlis Tertinggi UMNO dan juga digantung keahlian.

Manakala nasib Adham, Halimah, dan beberapa lagi Ahli Parlimen yang menang dalam tsunai politik 2018 lebih kepada mengikut Ismail Sabri tidak meninggalkan kerajaan apabila diarahkan oleh Ahmad Zahid pada tahun lalu.

Menurut penganalisis politik, usaha menyingkir mereka yang lantang menentang Anwar Ibrahim ini bertujuan memudahkan sebarang usaha perundingan pasca PRU-15. Dalam keadaan dijangka tiada parti politik akan mendapat majoriti mudah, Zahid telah menyusun laluan untuk memudahkan kerjasama dengan Cikgunya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat