Akar umbi rayu Dr Adham kekal calon BN Tenggara

- Advertisement -

CYBERJAYA: BN Tenggara merayu pada pucuk pimpinan parti di peringkat pusat agar mengekalkan Datuk Seri Dr Adham Baba sebagai calon di kawasan itu.

Menurut Timbalan Pengarah BN Tenggara, Nasaruddin Ahmad, beliau yang mewakili suara akar umbi Parlimen Tenggara berharap agar hanya Dr Adham satu-satunya nama calon bagi kawasan berkenaan.

Ini kerana, berdasarkan rekod, Dr Adham juga merupakan seorang yang sangat berdedakasi terhadap kawasannya meskipun sibuk sebagai seorang menteri, kata Nasaruddin.

“Kami di pihak BN Tenggara sebulat suara untuk hanya bawa satu nama (Dr Adham) dan kami mengharapkan pihak pucuk pimpinan BN dan UMNO untuk melihat perkara ini.

“Kami bawa suara di Tenggara dan ini bukan atas dasar untuk lobi tak tentu pasal kerana beliau memang selayaknya untuk jadi wakil rakyat di Tenggara,” katanya pada sidang media di Pejabat BN Bahagian Tenggara yang turut disiarkan secara langsung melalui Youtube Astro Awani.

Selain itu, Nasaruddin turut menzahirkan kebimbangan sekiranya terdapat calon lain yang bakal dinamakan untuk bertanding di kawasan itu.

Ini termasuk aspek untuk mendapatkan kemenangan BN di kawasan itu yang sebelum ini dipertahankan Dr Adham selama dua penggal.

“Saya bimbang pengumuman yang akan dibuat malam ini sekiranya tiada nama Dr Adham ia mungkin akan ada malapetaka lebih besar di Tenggara,” ujarnya lagi.

Sidang media berkenaan dilakukan berikutan wujudnya khabar angin mengatakan bahawa kemungkinan nama Dr Adham tidak lagi bertanding di bawah kerusi Parlimen Tenggara.

Kepimpinan BN dijadual mengumumkan barisan calon parti itu yang bakal bertanding pada PRU-15 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) malam ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat