“Cik Kiah”, Ular Sawa Batik Tujuh Meter Yang Jinak

Raub daerah pertama dilanda banjir musim tengkujuh tahun ini

KUANTAN: Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir musim tengkujuh di Pahang tahun ini, apabila 55 mangsa daripada 19 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara...

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Lulus

KUALA LUMPUR: Selepas Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar, peruntukan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu kelima persidangan Dewan Rakyat setelah...

Rajinikanth Ikrar Bawa Kerajaan Bebas Rasuah

CHENNAI: Bintang filem terkemuka India, Rajinikanth mengumumkan secara rasmi untuk menyertai politik dan berikrar untuk membawa kerajaan 'bebas rasuah' ke negeri asalnya. Hero filem aksi...

Singapura Nafikan Laporan Lebih 100 Pekerja Malaysia Merempat

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) hari ini menafikan dakwaan yang terdapat lebih daripada 100 rakyat Malaysia yang merupakan pemegang pas kerja di Singapura,...

WHO Puji Janji-Janji Penubuhan Vaksin COVID-19

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melihat keupayaan firma-firma biotek untuk membekalkan vaksin melawan COVID-19 sebagai sesuatu yang “luar biasa” dan mampu mengubah nasib pandemik,...

BALIK PULAU – Sesiapa yang memandang “Cik Kiah” buat pertama kali pasti terpaku dengan kecantikan dan keunikannya. Namun, Cik Kiah yang dimaksudkan di sini bukanlah seorang gadis, sebaliknya seekor ular sawa betina daripada keluarga Malayopython reticulatus atau reculated python’- ular sawa batik seakan anakonda – yang dibela Mohd Redzuan Abdullah Zawawi.

Memiliki panjang tujuh meter dengan berat 220 kilogram, Mohd Redzuan, 36, mendakwa Cik Kiah adalah ular sawa batik peliharaan terbesar di Asia.

Untuk rekod, Guinness World Records mencatatkan ular sawa batik di Missouri, Amerika Syarikat yang dinamakan Medusa sebagai ular terpanjang di dunia dengan ukuran 7.67 meter pada 2011.

Mengulas hobinya membela reptilia, Mohd Redzuan yang ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini, berkata Cik Kiah merupakan antara enam ekor ular sawa batik yang dibelanya.

“Kesemua ular ini saya tempatkan di sebuah rumah yang saya sewa khas untuk mereka,” kata bapa dua anak itu.

Menyingkap “pertemuannya” dengan Cik Kiah, Mohd Redzuan berkata dia terserempak dengan reptilia itu melintas jalan kira-kira 16 tahun lepas.

“Ketika itu saya dalam perjalanan menghala ke Teluk Bahang dan ternampak anak ular sawa sedang melintas jalan. Saya ambil dan putuskan untuk membelanya. Ketika itu saiznya cuma sebesar dua ke tiga jari saya,” katanya, menambah Cik Kiah merupakan ular pertama yang dibelanya.

Menurut lelaki itu, hobinya mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga yang kesemuanya merupakan pencinta haiwan.

“Ular sawa batik ini sememangnya jinak, malah ia juga tidak mudah terdedah kepada penyakit selain hanya memerlukan tempat tinggal yang selesa dan ruang yang mencukupi, bergantung pada saiz ular,” kata bekas penjawat awam itu.

Dia turut menjelaskan mereka yang mahu membela reptilia itu perlu mendapatkan lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Sebelum ini, ada peminat ingin saya membuat pertunjukan ular, namun tidak boleh kerana tidak memiliki lesen untuk pertunjukan,” katanya, menambah anak sulungnya yang berusia 12 tahun turut berkongsi minat dengannya.

Mohd Redzuan mengakui kos memelihara ular sawa agak besar dan dia membelanjakan antara RM700 dan RM800 sebulan untuk makanan reptilia terbabit.

“Lagi besar ular itu lagi tinggi kos makanan. Untuk Cik Kiah, makanan yang diperlukannya ialah kira-kira 20 hingga 25 ekor ayam sebulan,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Raub daerah pertama dilanda banjir musim tengkujuh tahun ini

KUANTAN: Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir musim tengkujuh di Pahang tahun ini, apabila 55 mangsa daripada 19 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara...

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Lulus

KUALA LUMPUR: Selepas Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar, peruntukan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu kelima persidangan Dewan Rakyat setelah...

Pagar Dipanjat Pekerja Top Glove Masih Dalam Kawasan PKPD – Polis

SHAH ALAM: Pagar asrama pekerja yang dipanjat pekerja Top Glove, Meru, seperti dilaporkan pihak media sebelum ini, masih berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan...