Usahawan IKS Digalak Francaiskan Produk – Wan Junaidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) terus menggalakkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro untuk memfrancaiskan produk mereka di pasaran yang lebih luas.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Perbadanan Nasional (PNS) selaku agensi di bawah MEDAC harus berlari bersama usahawan bagi mencapai Dasar Keusahawan Nasional (DKN) 2030 dengan matlamat membantu negara melahirkan rakyat berpendapatan tinggi.

Beliau turut menjelaskan kaedah produk atau perkhidmatan yang diusahakan oleh usahawan IKS dan mikro untuk difrancaiskan.

“Seseorang usahawan perlu mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada pegawai PNS dan pastinya perniagaan tersebut memiliki satu sistem sendiri.

“Produk atau servis yang akan difrancais harus dinilai dan kemudian diterima, PNS akan usahakan untuk merangka sistem perniagaan misalnya menggunakan kaedah ‘mobile’ atau ‘hawkering’.

“Ia bersandarkan kepada kesesuaian produk yang dinilai oleh PNS, mereka akan membimbing. PNS ada sumber kewangan untuk memajukan perniagaan tersebut,” katanya dalam Webinar Bizfrancais: Penjana Ekonomi anjuran Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, dalam pembentangan Bajet 2021 akan datang MEDAC menyediakan banyak insentif kepada usahawan dengan tujuan dapat melonjakkan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat