Pemilihan Presiden USA: Biden Menang Pusingan Pertama Debat Dgn Trump

- Advertisement -

SEJARAH akan mencatatkan bahawa Joe Biden memenangi perbahasan pada Selasa malam dengan menunjukkan satu perkara penting: dia tidak nyanyuk.

Selama 47 bulan terakhir, tingkah laku Presiden Donald Trump yang tidak ortodoks, tidak bermaruah, dan benar-benar gila, telah meletihkan seluruh negara.

Rakyat Amerika bangun setiap pagi dengan tertanya-tanya apa jenis dakwaan dan penghinaan pelik yang akan disiarkan di laman Twitter Presiden. Bahkan mereka yang bersetuju dengan banyak dasar Trump pun, termasuk dari parti Republikan, sudah letih dan tersinggung dengan tingkah laku Presiden yang tidak langsung menggambarkan status jawatan yang dipegangnya.

Tugas terpenting bekas Naib Presiden Biden dalam perbahasan malam tadi adalah menunjukkan bahawa dia seorang yang tenang, profesional, dan sepenuhnya waras berbanding Trump.

Beliau dengan jelas menunjukkan sifat-sifat itu semasa Trump mengejek, memarahi, dan mengganggu semua percubaan untuk satu perbincangan secara rasional. Perbahasan itu akan dikenang bukan mengenai isu dasar yang diperdebatkan, tapi untuk seorang Presiden Amerika Syarikat yang bertindak seperti anak kecil yang marah, sentiasa di luar kawalan setiap kali perhatian diberikan kepada lawannya yang sangat tenang dan bermaruah.

Negara itu sudah bersedia untuk pemimpin alternatif, seorang yang anti-Trump dan akan memberi rakyat masa untuk berehat. Walau bagaimanapun, kelayakan minimum adalah, sesiapa pun yang ingin menjadi alternatif kepada Trump, mesti berfikiran waras.

Sebelum debat malam tadi, kempen Trump dengan agresifnya mencipta anggapan bahawa Joe Biden menjalankan kempen “ruang bawah tanah” dan hanya dapat berbicara dengan baik (sebelum ini), dengan bantuan teleprompter kerana dia seorang yang nyanyuk.

Dalam satu penampilan pada Selasa di Fox News, Rudy Giuliani, penasihat peribadi Presiden, mendakwa (tanpa bukti) bahawa ramai “doktor” telah menasihatinya bahawa Biden telah menunjukkan gejala demensia yang jelas dan mungkin mengambil ubat untuk meningkatkan prestasinya.

Sebelum perbahasan hari Selasa, Presiden telah menyarankan agar kedua-dua mereka harus diuji tahap kesihatan terlebih dahulu. Baik Presiden dan Giuliani dengan jelas berkata bahawa “Sleepy Joe” nampak berkesan semasa perdebatan kerana bantuan ubat-ubatan – sekiranya tidak ada ujian saringan kesihatan dilakukan.

Setelah perdebatan itu berakhir, seseorang yang sinis mungkin menunjukkan bahawa satu-satunya orang yang memerlukan terapi ubat adalah Donald Trump.

Menenangkan Trump akan memberi keadaan selamat kepada negara ini sepanjang baki kempen. Dan melegakan apabila mengetahui bahawa sekurang-kurangnya ada seorang calon yang tenang dan waras yang boleh menggantikannya – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat