Bekas MB Johor Berkempen Untuk PH

- Advertisement -

JOHOR BHARU: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian telah mengadakan pertemuan bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim baru-baru ini.

Pertemuan bekas Menteri Besar Johor itu telah disahkan oleh Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan. Ianya adalah pertemuan bersama pemimpin kanan AMANAH.

“Tentang butiran pertemuan itu saya tidak boleh komen. Tetapi saya boleh beritahu ianya berlaku baru-baru ini bersama pemimpin kanan AMANAH,

“Osman duduk sebelah pemimpin kanan AMANAH tersebut”, katanya.

 

Beberapa hari lepas, viral video bekas MB Johor sedang berucap di kempen PRK Slim untuk calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi. Osman mengaku dia masih Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan masih ahli tetapi mendakwa perjuangan PPBM sudah menyeleweng dari tujuan asal penubuhannya.

Bekas MB Johor itu mendakwa tindakannya itu tiada dengan kaitan politik dan mendakwa kedatangannya cuma hendak berjumpa rakan-rakan lama dan bercuti.

Aminolhuda berkata, Jika bekas MB Johor memilih bersama PH, keadaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menjadi sama iaitu 28 kerusi. keadaan akan menjadi sukar dan DUN akan tergantung.

“Jumlah kerusi PN dan PH akan terikat kepada 28 kerusi.

“kami ada mempelawa beberapa Adun PN yang sebelum ini bersama PH untuk kembali kepada kami semua dan sekaligus mengekalkan mandat yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas”, kata Aminolhuda.

Pada Febuari lepas, Sultan Johor bertemu dengan 54 ADUN Johor bagi mengetahui siapa pilihan mereka ekoran keluarnya Bersatu daripada Pakatan Harapan (PH) , sekali gus menjadikan Johor, kerajaan tergantung.

Pelantikan Datuk Seri IR. Hasni sebagai Menteri Besar Johor adalah yang ketiga dalam tempoh kurang tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat