Dr Noor Hisham Nafi Jadi COO ‘Syarikat Lombong Permata’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan beliau menjadi Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah ‘syarikat perlombongan permata’, Kashi Mining.

Dr Noor Hisham menerima maklumat syarikat itu menggunakan gambarnya di laman sesawang kashiminingcompany.com dan menegaskan perkara itu adalah palsu.

“Untuk makluman umum, Syarikat Kashi Mining ada menggunakan gambar saya dalam laman sesawang mereka sebagai COO! Jelas ini adalah palsu,” tegasnya dalam satu muat naik di Facebook, hari ini.

Pemeriksaan di laman sesawang syarikat yang kononnya berpangkalan di Jalan Patau-Patau, Labuan itu menggunakan gambar Dr Noor Hisham sebagai COO, namun menukar namanya kepada Aidan Razif.

Laman sesawang syarikat itu turut didapati menggunakan gambar Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM), Mohamad Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, namun mengubah namanya kepada Mohamed Lew.

Menerusi Facebook miliknya, Mohamad turut tampil menyifatkan tindakan syarikat itu menggunakan gambarnya sebagai ‘scam’ dan mengarut.

“Scammer (penipuan). Ada pihak menggunakan foto saya sebagai pengurusan syarikat. Mengarut sungguh,” katanya.

Semakan di laman sesawang Kashi Mining mendapati mereka memperkenalkan diri sebagai ‘syarikat yang memenangi anugerah’ dan memiliki ‘sumber permata dari lombong di Afrika’. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat