Najib Berkongsi Kebimbangan Sempena Hari Pekerja 2020

- Advertisement -

Sudah hampir 2 bulan kita di rumah.

Dahulu, 1 Mei diraikan di seluruh dunia bagi menghargai golongan pekerja dan buruh.

Di sebalik kesibukan harian kita, cuti umum inilah juga yang dinanti-nantikan di kalangan kita untuk berehat santai bersama keluarga.

Namun keadaan pada tahun ini agak berbeza kerana seluruh negara malah dunia bagaikan terhenti segala aktiviti dalam beberapa bulan ini.

Ada yang kata – bumi sedang berehat.

Namun implikasinya besar dan semakin dirasai.

Bagi mereka yang terima gaji bulanan misalnya.

Pada bulan Mac apabila PKP dilaksanakan, ramai masih boleh lagi ‘hidup’ dengan gaji yang dibayar pada bulan tersebut.

Namun, pada bulan April semakin terhimpit kerana ramai majikan mengambil langkah mengurangkan gaji pekerja.

Mulai akhir April atau bulan Mei, saya difahamkan ada sebilangan besar majikan yang sama ada terpaksa tutup perniagaan atau buang pekerja untuk kurangkan kos.

Bagi mereka yang terima gaji harian, saya tahu keadaan amat susah sejak hari pertama PKP lagi.

Minggu lepas Persekutuan Majikan-majikan Malaysia menjangkakan kadar pengangguran di Malaysia akan mencecah 13 peratus.

Kira-kira 2 juta, saudara-saudari.

2 juta rakyat Malaysia mungkin tiada kerja pada tahun ini.

Amat, amat membimbangkan.

Saya menyeru kepada para majikan untuk mengambil kira kebajikan pekerja masing-masing dan teruskan mengikut kemampuan yang sedia ada.

Dalam setiap perniagaan, pekerja adalah aset yang paling berharga kerana merekalah yang membawa kejayaan kepada syarikat.

Kerajaan hari ini memikul tanggungjawab yang besar untuk pertama sekali menjaga kebajikan rakyat dan kedua, memulihkan ekonomi Malaysia.

Ya benar. Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dan pakej-pakej lain untuk SME.

Namun berita-berita yang timbul selepas pengumuman menyebabkan ramai risau juga akan masa depan pekerjaan mereka, perniagaan mereka.

Sejauh mana keberkesanan stimulus RM250 bilion?

Adakah rakyat dan ekonomi kita merasai suntikan sebesar RM250 bilion itu?

Perlukah stimulus RM250 bilion diubah?

Adakah pakej bantuan perlu ditambah?

We are running out of time. We need to act fast.

Kita sudah kesuntukan masa. Kita perlu bertindak pantas.

Bagi saya, tiada apa yang lebih penting daripada rakyat.

Hari ini, para pekerja kita bimbang akan kestabilan kerja dan pendapatan mereka.

Rakyat Malaysia tidak malas. Jangan percaya mereka yang kata begitu.

Saya percaya setiap seorang daripada rakyat Malaysia sedang berjuang untuk kelangsungan hidup di masa yang sukar ini.

Dengan bantuan dan peluang yang mencukupi, saya yakin kita semua akan dapat berdiri dan bangkit semula.

Kepada para pekerja, rakyat Malaysia semua, sama-sama kita mengharungi cabaran ini dan saya doakan agar kita semua diberkati.

Selamat Hari Pekerja 2020 – FB NajibRazak

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat