Majikan Perlu Galakkan Kerja Dari Rumah – PM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan agar majikan menggalakkan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah.

Saranan itu susulan hampir semua sektor ekonomi yang akan dibuka semula bermula Isnin ini.

Dalam Perutusan yang dibuat hari ini katanya, amalan kerja dari rumah merupakan satu norma baru yang mesti diamalkan dalam sektor pekerjaan.

“Walaupun semua sektor ekonomi dibuka, majikan boleh galakkan pekerja untuk bekerja dari rumah. Ini norma baharu yang kita mesti amalkan.

“Bincang dengan pekerja. Mana-mana tugas yang boleh dibuat di rumah, buat di rumah. Ini lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang akan membenarkan hampir semua sektor ekonomi untuk beroperasi semua Isnin ini.

“Saya minta supaya semua ketua jabatan (sektor awam) mengadakan perbincangan di peringkat jabatan masing-masing untuk menyusun semula keperluan sumber manusia di jabatan dengan mengutamakan konsep bekerja dari rumah.

“Tak semua pekerja mesti masuk bekerja pada waktu yang sama. Jadi sedikit sebanyak kita boleh elakkan semua orang daripada berkejar-kejar untuk masuk pejabat pada waktu yang sama.

“Semua majikan dikehendaki mematuhi garis panduan mengenai pengendalian isu berhubung penularan Covid-19 di tempat kerja, khususnya yang membabitkan perintah kuarantin, cuti sakit dan pemberhentian pekerja,” katanya lagi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat